KKM Terima Permohonan Maaf TISG - Berita Semasa | mStar

KKM Terima Permohonan Maaf TISG

Diterbitkan: Ahad, 3 September 2017 6:40 PM

subramaniam
(Ubah saiz teks)

IPOH: Kementerian Kesihatan (KKM) menerima permohonan maaf daripada theindependent.sg, atau TISG berhubung penyiaran laporan tidak tepat mengenai kematian seorang warganegara Singapura baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihaknya menerima permohonan maaf berkenaan dengan hati terbuka.

"Hari ini portal itu dah minta maaf tentang apa yang disebarkan dan kalau mereka minta maaf kita ok sahaja.

"Selain itu berita yang disiarkan juga telah dikeluarkan daripada portal berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen MIC Negeri Perak ke-71 di sini, Ahad.

Pada Ahad, TISG menerusi notis di laman webnya menyatakan ia memohon maaf dengan sepenuh hati kepada pihak yang berkenaan susulan penderitaan dan kesedihan akibat daripada insiden itu.

Notis itu menggantikan artikel asal bertajuk "warga Singapura berusia 25 tahun meninggal dunia selepas hospital Malaysia menuntut bayaran tunai sebelum rawatan" yang disiarkan pada 31 Ogos. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: TISG , KKM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan