Terima Kasih Pakcik Oon!

Diterbitkan: Ahad, 3 September 2017 9:49 AM

Rosefakhzan terlantar di hospital sambil diperhatikan anak lelakinya, Mohd Aqil Hazim.

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Tiada kata yang dapat mengambarkan perasaan Rosefakhzan Saleh Mohammad kerana terhutang budi di atas bantuan kontraktor, Oon Thoo Seen menyelamatkan isterinya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Pekerja kilang berusia 38 tahun itu mahu bertemu dengan Thoo Seen untuk mengucapkan terima kasih kerana membantu mereka dalam insiden di Kilometer 14 Jalan Pengkalan Hulu-Gerik di Gunung Paku, Ipoh.

"Saya tak dapat bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya Oon tidak pecahkan tingkap kereta menggunakan kapaknya.

"Api sedang marak dari kereta sebelah dengan isteri pula dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Tanpa dia, saya mungkin kehilangan isteri saya.

"Saya tak sabar untuk bertemu dengan dia, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada dia," kata Rosefakhzan yang baru menjalani pembedahan bagi mengeluarkan cecair daripada paru-parunya di Hospital Sultan Abdul Halim.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang Rabu, kereta Rosefakhzan bertembung dengan sebuah kereta Perodua Alza sehingga berlaku kebakaran.

Thoo Seen, 66, yang kebetulan berada di tempat kejadian bertindak pantas memecahkan tingkat kereta bagi mengeluarkan isteri Rosefakhzan, Sri Nursuzawilati Mat Noh, 37, dari kereta Proton Saga BLM.

Tindakan Thoo Seen mendapat perhatian netizen dan kisah keberaniannya memberikan bantuan tular di media sosial.

Rosefakhzan berkata, ketika kejadian, dia bersama keluarganya dalam perjalanan dari Arau, Perlis ke kampung halamannya di Tumpat, Kelantan untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Dalam perjalanan, dia berkata, mereka tersilap masuk simpang dan memutuskan untuk menggunakan laluan alternatif.

"Malangnya, kami mengalami kemalangan. Tetapi kami bersyukur kerana Oon berada di tempat kejadian," katanya.

Sri Nursuzawilati dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim kerana kecederaan perut yang serius dan patah tulang rusuk.

Dua anak mereka, Mohd Aqil Hazim, 9, mengalami cedera ringan manakala Nur Naurah Qaisara, 5, masih trauma akibat kemalangan itu.

Kesemua mangsa yang menaiki kereta alza mengalami cedera ringan.

Tags / Kata Kunci: Oon Thoo Seen

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan