Lembu Jatuh Perigi

Diterbitkan: Ahad, 3 September 2017 8:52 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Anggota bomba terpaksa mengambil masa hampir 20 minit untuk menyelamatkan seekor lembu betina yang terjatuh ke dalam sebuah perigi di Kampung Seberang Gajah, dekat Tangkak, Ahad.

Kejadian berlaku kira-kira 2 petang itu disedari penduduk kampung yang melalui kawasan perigi tersebut sebelum ternampak seekor lembu terperangkap di dalamnya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawa Bomba Kanan II Malley Salim berkata penduduk kampung kemudian menghubungi bomba untuk meminta bantuan mengeluarkan lembu terbabit.

Seramai lapan anggota bomba dan sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 2.05 petang.

"Lembu itu dianggarkan seberat 100 kg dan perigi pula sedalam dua meter.

"Bagi menyelamatkannya, seorang anggota bomba terpaksa turun ke dalam perigi untuk mengikat badan lembu tersebut menggunakan tali jenis camental. Setelah itu, baru ia dibawa naik," katanya ketika dihubungi di sini Ahad. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: lembu , perigi

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan