HSA Antara Hospital Terbaik Di Malaysia - KP Kesihatan

Diterbitkan: Ahad, 3 September 2017 8:12 AM

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA

Dr Noor Hisham Abdullah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hospital Sultanah Aminah (HSA) ialah antara hospital terbaik di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Jabatan Kecemasan (ED) telah menunjukkan 97.6 peratus persediaan ambulans dan tempoh penghantaran bagi respon segera dicapai dalam masa kurang lima minit.

"Sejak Januari hingga Julai tahun ini, jabatan itu telah menerima 6,215 panggilan ambulans Tahap I (kes kecemasan kritikal). ases). Selain itu, 67 peratus daripada panggilan ambulans Tahap I  mendapat respon dalam masa kurang 15 minit," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Beliau berkata, purata Zon Merah menerima 600 kes sebulan (20 kes kritikal sehari), 2,000 kes separa kritikal (66 kes sehari di Zon Kuning) dan lebih 10,000 kes bukan kritial di Zon Hijau.

"Jabatan kecemasan mempunyai 10 orang pakar, mengetuai sekumpulan 39 pegawai perubatan dan ahli paramedik dan profesional kesihatan lain yang bekerjasama rapat sebagai satu pasukan dengan menyediakan penjagaan pra  hospital di samping perkhidmatan perubatan kecemasan," kata beliau.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, HSA juga menempatkan Jabatan Neurosurgeri yang menjalankan 649 pembedahan besar dan 317 pembedahan kecil pada 2016.

Beliau berkata, hospital itu telah memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) pada 2016 apabila 99 peratus daripada pesakit yang baru didiagnosis otak atau tumor tulang pada 2016 telah menjalani pembedahan elektif dalam masa kurang tiga bulan dan 100 peratus daripada pesakit paediatrik menjalani pembedahan pengeluaran cairan celebrospinal (CSF) dengan selamat oleh neurosurgeon.

"Hari ini, semasa membuat semakan statistik bagi HSA, saya berbangga dengan hospital luar biasa dan berketahanan ini," kata Dr Noor Hisham. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Hospital Sultanah Aminah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan