Tentera Filipina Sahkan Penahanan Abu Asrie

Diterbitkan: Ahad, 3 September 2017 8:34 PM

Abu Asrie (kiri) dalam gambar yang diambil di Pulau Basilan, selatan Filipina.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Angkatan Tentera Filipina mengesahkan pemimpin Abu Sayyaf terkenal, Abu Asrie dan seorang lagi warga Filipina ditahan di Malaysia.

Media Filipina melaporkan Ketua Pejabat Hal Ehwal Tentera, Kolonel Edgard Arevalo sebagai berkata Abu Asrie yang juga Ketua Leftenan Furuji Indama merupakan pemimpin puak Abu Sayyaf di Basilan.

Suspek kedua warga Filipina dikenal pasti sebagai Abraham Ebong.

Kaitannya bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

"Penangkapan dan penahanan individu tersebut adalah perkembangan penting dalam kerjasama keselamatan kerajaan ini dengan Malaysia dan negara-negara jiran yang lain di Asia untuk membendung kegiatan keganasan termasuk percubaan untuk merekrut ahli baharu," kata Arevalo.

Beliau berkata suspek akan didakwa di Malaysia.

Pada Ahad, The Star melaporkan polis menahan anggota militan yang berpangkalan di selatan Filipina termasuk Abu Asrie dalam satu operasi di Cheras pada malam ambang sambutan Hari Kebangsaan, Rabu lalu.

Abu Asrie atau nama sebenarnya Hajar Abdul Mubin ditahan bersama seorang lagi rakyat Filipina, Abraham Embung, 29, dan enam rakyat Malaysia keturunan Filipina dari Sabah.

Suspek berusia 25 tahun itu dipercayai merupakan anggota Lucky 9, kumpulan penculikan untuk tebusan yang berpangkalan di Jolo, dikaitkan dengan kumpulan Abu Sayyaf yang berpangkalan di hutan Jolo dan kepulauan Basilan di selatan Filipina.

Tags / Kata Kunci: Abu Sayyaf

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan