Elaun Balik Mengundi Dianggap Rasuah - SPRM

Diterbitkan: Sabtu, 2 September 2017 9:34 AM

Datuk Azam Baki

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tawaran elaun perjalanan bagi menarik perhatian pengundi untuk pulang mengundi di kampung halaman masing-masing dianggap sebagai rasuah, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata dari segi undang-undang, menawarkan sebarang bentuk dorongan kepada pengundi, sama ada wang tunai atau hadiah, adalah rasuah.

"Contohnya jika seorang pengundi ditawarkan elaun untuk balik mengundi, atau membayar RM50 supaya dia mengundi calon tertentu," katanya kepada Sin Chew Daily dalam satu temubual.

Azam bagaimanapun menjelaskan jika seseorang ahli politik menawarkan bantuan seperti beras atau derma kepada golongan miskin, ia tidak dianggap rasuah.

Beliau juga menjelaskan bahawa janji pilihan raya tidak dianggap rasuah.

"Sepanjang tempoh kempen, parti politik biasanya akan menaburkan banyak janji, seperti untuk membina lebih banyak rumah.

"Ini bukan rasuah," katanya ketika ditemubual.

Azam berkata calon-calon di kebanyakan negara akan membuat banyak janji semasa berkempen untuk meraih sokongan, termasuklah dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) SPRM telah mengingatkan semua calon dan parti politik bahawa sesiapa yang didapati terlbabit dengan rasuah akan hilang kelayakan.

Azam berkata sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh pilihan raya umum, satu pasukan penguatkuasa undang-undang yang terdiri daripada pegawai SPRM dan polis akan ditubuhkan untuk memantau aktiviti rasuah dalam pilihan raya.

"Sekiranya pasukan itu menerima laporan daripada orang awam, kes-kes seperti itu akan disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya, Akta Pencegahan Rasuah dan Kanun Keseksaan," katanya.

Azam juga berkata SPRM tidak berhasrat untuk membuat pindaan undang-undang untuk mewajibkan semua calon mengisytiharkan aset mereka.

"Terpulang kepada parti sama ada mereka mahu calon mereka mengisytiharkan aset," katanya.

Azam berkata adalah perkara biasa bagi parti-parti politik untuk mengemukakan senarai calon mereka kepada SPRM dan polis untuk pemeriksaan.

Tags / Kata Kunci: elaun perjalanan , PRU14 , SPRM

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan