Anwar Sokong Rundingan PKR-PAS

Diterbitkan: Sabtu, 2 September 2017 4:23 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim 'tidak keberatan' untuk parti itu mengadakan rundingan dengan PAS selain tidak menentang satu kongres khas diadakan.

Anwar dalam satu kenyataan pada Sabtu turut mengakui bahawa keadaan sekarang lebih rumit dan mencabar, kerana PAS telah mengambil keputusan untuk tidak menyertai Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan keperluan mengadakan kongres khas jika ia tidak akan membawa perubahan mendadak dalam keadaan pilihan raya umum yang semakin hampir.

“Memahami semangat demokrasi PKR saya tidak keberatan jika ingin dikendali kongres khas. Kemusykilan saya adalah keperluannya memandangkan tiada perubahan dasar yang berlaku. Malah dengan kemungkinan PRU14 diadakan dalam tempoh terdekat, segala keputusan perlu dimuktamadkan segera.

“Saya telah meneliti kenyataan Rafizi Ramli, naib presiden dan ahli-ahli yang melahirkan keresahan kerana corak cadangan kerjasama PKR dengan PAS yang dianggap samar dan berlarutan tanpa dimuktamadkan,” katanya.

Anwar menjelaskan bahawa keputusan untuk bekerjasama dengan PAS adalah untuk menyatukan semua kuasa bagi mengalahkan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Apa yang diusulkan dan dipersetujui biro politik sebelum ini adalah tidak memusuhi PAS, mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan tiga penjuru.

"Pertimbangannya adalah menggembeleng seluruh kekuatan dalam menghadapi Umno-BN dalam PRU 14," katanya.

Anwar berkata inisiatif untuk bekerjasama dengan PAS adalah strategi seluruh negara.

“Azmin yang diminta menerajui inisiatif ini sedar bahawa yang disarankan adalah strategi nasional dan tidak terbatas kepada Selangor sahaja.

"Wajar ditegaskan semula bahawa ikhtiar PKR adalah bagi menjernihkan suasana dan merangkul kekuatan rakyat," katanya.

Anwar berkata kerjasama itu akan kekal dalam rangka komitmen PKR kepada Pakatan Harapan.

Rafizi telah mencadangkan supaya kongres khas diadakan untuk mendapat mandat daripada akar umbi jika parti itu harus terus berbincang dengan PAS menjelang PRU14.

Cadangan itu mendapat bantahan daripada beberapa pemimpin PKR, termasuk Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Dr Afif Bahardin.

Ahli Parlimen Selayang William Leong juga meletak jawatan sebagai biro politik kerana kecewa dengan usaha PKR yang tidak berkesudahan untuk berbincang dengan PAS.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , kongres khas , Rafizi Ramli

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan