42,200 Jemaah Haji Malaysia Tahun Ini - TH

Diterbitkan: Jumaat, 1 September 2017 5:20 PM

(Ubah saiz teks)

MINA: Hubungan baik di antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi menyaksikan jumlah jemaah Malaysia yang melaksanakan ibadah haji pada musim ini meningkat sebanyak 12,000 orang berbanding 30,200 jemaah yang diumumkan sebelum ini.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata daripada laporan yang diterima, sebanyak 42,200 jemaah Malaysia berada di Tanah Suci untuk melaksanakan Rukun Islam Kelima itu.

“Mengikut laporan daripada pengurusan Tabung Haji, setakat hari ini (semalam) jemaah haji Malaysia yang berada di Arafah adalah sebanyak 42, 200 orang,” katanya kepada pemberita di Arafah pada Khamis.

Terdahulu, beliau mengiringi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melawat khemah penempatan jemaah Malaysia di Arafah menjelang Hari Wukuf.

Sebelum ini, ketika melawat beberapa maktab penginapan jemaah haji Malaysia di Makkah, Abdul Azeez memberi bayangan untuk mengumumkan di Arafah angka sebenar jemaah Malaysia yang melaksanakan ibadah haji pada musim ini.

Beliau berkata pertambahan bilangan jemaah haji Malaysia itu adalah berikutan hubungan baik di antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata setakat Khamis, seramai 20 jemaah Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci.

Daripada jumlah itu, beliau berkata TH akan melaksanakan 12 badal haji untuk jemaah terbabit manakala lima lagi pernah menunaikan ibadat haji dan lembaga berkenaan tidak akan berbuat demikian kepada mereka.

“Tiga lagi jemaah, kita tidak sempat melaksanakan badal haji tahun ini kerana meninggal dunia hari ini (Khamis). Insya-Allah, Tabung Haji akan melaksanakan badal haji untuk mereka tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata 12 jemaah Malaysia masih dirawat di hospital di Makkah, dan daripada jumlah itu empat masih koma manakala lapan lagi sedang dipantau kesihatan mereka.

“Bagi mereka yang uzur dan tidak dapat melaksanakan wukuf, kita akan mengembalikan wang RM9,980, dan  Tabung Haji akan memberi keutamaan kepada mereka untuk melaksanakan ibadah haji tahun depan,” katanya.

Malam tadi, jemaah haji Malaysia bergerak ke Muzdalifah secara berperingkat untuk mabit (bermalam) sebelum terus ke Mina.

Di Mina, jemaah Malaysia akan melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah (1 Sept) sebelum melontar ketiga-tiga jamrah – Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra –  pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Tabung Haji , Arab Saudi

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan