Cuaca Dijangka Tidak Menentu Sepanjang Aidiladha - Berita Semasa | mStar

Cuaca Dijangka Tidak Menentu Sepanjang Aidiladha

Diterbitkan: Jumaat, 1 September 2017 1:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cuaca tidak menentu diramal di kebanyakan negeri sepanjang sambutan Aidiladha pada Jumaat dengan hujan serta ribut petir pada sebelah petang dan malam.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata keadaan itu berlaku berikutan  monsun barat yang biasanya dikaitkan dengan perubahan corak tiupan angin yang tidak menentu.

Pada sebelah petang pula dijangka hujan beserta ribut petir di kawasan pedalaman  Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Selain itu, hujan dijangka turut melanda bahagian barat dan pedalaman Sarawak serta bahagian pantai barat dan pedalaman Sabah pada sebelah petang.

Manakala beberapa tempat di Johor, Pahang, Sarawak dan Sabah dijangka dilanda hujan pada sebelah malam, katanya.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: Aidiladha
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan