Terima Kasih Lelaki Misteri!

Diterbitkan: Khamis, 31 Ogos 2017 3:32 PM

Khairul Shazwali bersama anak dan isterinya bergambar di luar Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum upacara penutup Sukan SEA KL 2017 berlangsung.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibarat tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, begitulah nasib Khairul Shazwali Taib, yang sama sekali tidak menyangka impiannya menjadi kenyataan di saat-saat akhir.

Pemuda berusia 31 tahun ini pada awalnya menganggap hasrat untuk membawa isteri dan anaknya yang berusia tiga tahun menyaksikan upacara penutup Sukan SEA ke-29 (KL2017) tidak kesampaian kerana mereka sekeluarga tiba di stadium pada pukul 6 petang Rabu tanpa sekeping tiket di tangan.

Khairul Shazwali ketika dihubungi mStar Online pada Khamis berkata, dia hanya ingin membawa anak perempuannya menaiki tren dan menikmati kemeriahan upacara penutup itu dari luar Stadium Nasional Bukit Jalil, di Bandar Sukan Kuala Lumpur.

Khairul Shazwali bersama anak dan isterinya tidak sangka dapat menyaksikan upacara penutup Sukan SEA KL 2017 pada malam Rabu.

"Saya dengar tular di laman sosial mengatakan tiket ke upacara penutup sudah habis. Lagipun saya sampai stadium pun dah lewat.

"Tak sangka Tuhan makbulkan doa saya untuk menyaksikan upacara berprestij ini hanya dua jam sebelum acara kemuncak berlangsung.

"Ingatkan nak jalan-jalan, beli 'merchandise' dan kemudian pulang ke rumah. Tapi, tak sangka ada pemuda datang tegur dan hulurkan tiket kepada kami bertiga," katanya.

Jurutera di syarikat pengeluaran multinasional itu berasa teruja di atas pemberian daripada orang yang tidak dikenalinya dan menyifatkan ia rezeki kurniaan Allah.

Status yang dimuat naik oleh Khairul Shazwali pada malam Rabu.

Tambah lelaki yang juga seorang bekas atlet ragbi itu, dia kehilangan kata-kata menyaksikan upacara penutup yang bertemakan 'Bangkit Bersama' kerana dimeriahkan dengan persembahan bertaraf dunia dan penuh warna-warni.

"Terima kasih banyak kepada lelaki misteri yang memberikan tiket ini kepada kami. Dia ibarat seorang yang dihantar Allah untuk memenuhi impian kami anak-beranak.

"Kalau dapat jumpa dia lagi, saya nak ucapkan semoga dia terus melakukan kebaikan rambang seperti ini. Dia tidak tahu perbuatan baiknya memberi makna yang besar kepada orang lain," ujar Khairul Shazwali.

Lelaki misteri menyerahkan dua tiket upacara penutup kepada Khairul Shazawali dua jam sebelum majlis berlangsung.

Tags / Kata Kunci: Khairul Shazwali , Sukan SEA KL 2017

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan