Ada Apa Pada Wahyu?

Diterbitkan: Khamis, 31 Ogos 2017 11:51 AM

Wahyu beraksi persis model. Foto instagram farahfocusphotography

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mulanya dia dikecam sebagai lelaki ‘kanta lekap’, kemudian dipuji kerana wajah kacaknya mirip watak hero sebuah filem animasi, dan kini disebut-sebut pula bakal beraksi di pentas peragaan.

Tanggapan itu susulan beberapa gambar terkini pemuda ini yang dimuat naik di laman sosial dengan aksi persis seorang model dengan teknik fotografi seperti iklan antarabangsa.

“Sesuai sangat kalau jadi model,” kata Saidatul_haziqah, salah seorang netizen di laman sosial.

Tudebtudesta pula menyangka lelaki ini telah menjadi model sambil berkata: “Jadi model sekarang.”

Gambar Wahyu bagi memenuhi permintaan untuk porfolio seorang jurugambar. Foto Facebook Farah Focus

Bagaimanapun empunya badan, Wahyuddin Syed Yunus berkata, gambar-gambar tersebut sebenarnya bagi memenuhi permintaan seorang jurugambar untuk melengkapkan portfolionya.

Wahyu yang berusia 25 tahun ini memberitahu, sesi fotografi itu selepas dia meminta jurugambar berkenaan mengambil gambar beberapa produknya untuk tujuan promosi.

“Saya dah lama kenal jurugambar ni. Saya sekadar bantu dia untuk portfolio. Tapi bukan bermakna saya mahu jadi model.

"Walaupun dapat tawaran jadi model, termasuk jadi pelakon untuk drama bersiri, tapi saya tolak. Buat masa ni belum lagi terfikir ke arah itu sebab saya ni penyegan orangnya,” katanya kepada mStar Online


Wahyu yang berasal dari Tawau, Sabah ini tular di media sosial apabila disamakan dengan watak Flynn Rider daripada filem ‘Tangled’ terbitan Disney pada 2010. 

Jurugambar bernama Farah yang merakam gambar Wahyu menjelaskan bahawa dia selama ini mengambil gambar-gambar perkahwinan.

Wanita berusia 35 tahun ini berkata, sejak menjadikan jurugambar sebagai kerjaya pada 2010, kebanyakan gambarnya terdiri daripada pasangan pengantin dan model wanita.

“Wahyu adalah model lelaki pertama dalam portfolio saya. Sebelum ni bukan tak ada model lelaki, tapi selalu saja tak menjadi sama ada disebabkan tema atau masa.

“Ambil gambar pengantin lelaki tak sama dengan model lelaki. Kalau pengantin, saya perlu hormati kehendak mereka sebagai pelanggan, jadi banyak gaya yang terhad dan kebanyakan gambar bersama pasangan dan berpakaian pengantin,” katanya.


Walaupun sudah bergelar isteri, Farah berkata, suami tidak pernah menghalangnya mengambil gambar model lelaki selagi menjaga batas pergaulan.

Mengenai Wahyu, apa yang mengejutkan Farah adalah pemuda itu mudah memberikan kerjasama sepanjang sesi fotografi meskipun baru pertama kali bergambar sebagai model.

“Saya lihat Wahyu ada potensi untuk pergi jauh sebagai seorang model. Tak susah untuk beri arahan kepada dia. Macam-macam gaya yang dia boleh buat.

“Wahyu berkebolehan selain mempunyai wajah kacak dan unik. Apa yang penting, Wahyu perlu ada keyakinan diri kalau mahu jadi model satu hari nanti,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Wahyuddin Syed Yunus , Flynn Rider

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan