Bacaan Al-Quran Bergema Di Dataran Merdeka

Diterbitkan: Khamis, 31 Ogos 2017 9:33 AM

Menjelang Gema Wahyu sempena Merdeka #QuranHour menjelang sambutan Aidiladha, petang Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berbilang kaum, pelajar serta rakyat luar negara mencipta sejarah apabila buat julung kalinya mereka berkumpul di Dataran Merdeka, Khamis.

Mereka menggemakan takbir dan kalam Ilahi, pada malam Hari Raya Aidiladha bersamaan dengan sambutan Hari Merdeka Ke-60 yang jatuh serentak pada hari wukuf di Padang Arafah.

Ini termasuk dalam acara Merdeka #QuranHour bagi mengisi kemerdekaan dengan interaksi al-Quran; membaca, memahami dan ajakan untuk mengamalkannya sehingga melahirkan bangsa yang berbudi dan penyayang.

“Bangsa Berbudi dan Penyayang” berlandaskan Surah Yasin, adalah tema Merdeka #QuranHour yang pertama ini.

Ia menjadi inspirasi kepada rakyat dan Negara Sehati Sejiwa. Al-Quran dapat memantapkan ikatan hati rakyat dan negara yang matang di usia 60 tahun ini, sehingga lahir rakyat yang sayang pada negaranya dan sebaliknya.

Merdeka #Quran Hour yang berlangsung dari jam 8 malam hingga 11 malam ini, dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan dianjurkan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KMM),  Sekretariat Merdeka, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) bersama dengan 21 media yang bersinergi mempromosikannya.

Bermula jam 8.30 malam, acara bermula dengan solat Isyak berjemaah dan diikuti dengan takbir raya Aidiladha di pentas utama di Dataran Merdeka.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Datuk Syeikh Ismail Muhammad akan memulakan bacaan pembuka, Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5.

Solidariti Ngaji selama 5 minit bermula dengan setiap tetamu yang hadir membaca satu muka surat Yasin diberikan, sama ada membaca terjemahannya buat yang belum pandai al-Quran atau membaca dalam bahasa Arab buat yang tahu.

Dalam tempoh pendek tersebut, 30 juzuk Quran dikhatamkan dalam ajakan semangat untuk membaca atau sekurang-kurangnya sebagai permulaan memandang mushaf al-Quran.

Acara kemuncak adalah Solidariti Interaksi Surah Yassin oleh Pembawa Panji-Panji Yasin (Yasin Flag Bearers) yang memimpin interaksi  83 ayat  dengan Model Interaksi Surah Yasin yang menceritakan bagaimana cabaran dan isu yang sedang kita hadapi di dalam diri, keluarga dan negara ini akan dapat diselesaikan melalui panduan yang jelas dari Surah Yasin sehingga mengeluarkan nilai-nilai mulia untuk kesejahteraan negara ini.

Yasin Flag Bearers ini terdiri daripada 21 pembaca utama dan 2 pentadabbur, cantuman pelbagai latarbelakang dan usia sebagai mesej bahawa semua orang perlu berperanan di dalam membina negara ini dengan nilai berbudi dan penyayang berlandaskan panduan dari al-Quran.

Program diakhiri dengan mengajak tetamu melakukan refleksi diri dengan melihat kebesaran ayat-ayat Allah yang dipaparkan di skrin gergasi sepanjang 200 meter dan doa bagi kesejahteraan rakyat, negara dan perjuangan umat di seluruh dunia.

Merdeka #QuranHour yang mula digerakkan dari Malaysia telah mula berkembang ke lebih 50 negara di seluruh dunia.

Pada masa sama di Dataran Merdeka, lebih 30,000 jemaah haji Malaysia di bawah Lembaga Tabung Haji dan beberapa agensi Haji Malaysia mendoakan dari Padang Arafah sempena Merdeka #QuranHour.

Bagi meraikan rasa persaudaraan sesama, tetamu yang terdiri daripada orang Islam dan penganut agama lain turut serta sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada keesokan harinya.

Jamuan 'food packed' dan kon aiskrim disediakan untuk semua.

Seramai 5,000 peserta dijangka menyertai aktiviti berinteraksi al-Quran, Baca, Faham dan Amal ini bersama keluarga.

Ia termasuk dari Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Permas, jemaah masjid sekitar Wilayah Persekutuan, komuniti Rumah Ngaji, Persatuan Rakyat Indonesia, pelarian dari Kem Rohingya, golongan gelandangan, pelajar universiti dari KUIS, UIA dan sukarelawan.

Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak; Ketua Setiausaha Kementerian Multimedia dan Komunikasi Malaysia, Datuk Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Beberapa pihak termasuk Takaful Ikhlas, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), dan Restoran Hakim Shah Alam menginfakkan juadah untuk orang ramai di dalam semangat bangsa berbudi dan penyayang.- Sinar Harian



iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan