Veteran NZ Imbas Kenangan Ronda Sempadan M'sia-Thai

Diterbitkan: Rabu, 30 Ogos 2017 9:53 PM

William Russel. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Sambil bersedia untuk menyertai sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada Khamis, anggota Persatuan Veteran Malaya New Zealand (NZMVA) dengan rasa bangga mengimbas kembali kenangan meronda di sempadan Malaysia-Thailand pada hari-hari awal Malaysia.

Peter Pangari, 77, berpangkat sarjan dalam Regimen Infantri New Zealand yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka dari 1961 hingga 1963, berkata pasukan New Zealand meronda sempadan Malaysia-Thailand dengan jayanya.

“Saya boleh sesuaikan diri dengan hutan di Malaysia kerana negara saya juga ada hutan. Saya berada di hutan selama dua bulan, kembali (ke Kem Terendak) untuk dua minggu dan kembali semula ke sempadan,” kata Pangari kepada pemberita di luar balai ketibaan domestik Lapangan Terbang Antarabangsa KL, sejurus tiba dari Kuching.

Pangari tiba di Malaysia bersama 27 lagi anggota NZMVA minggu lepas.

Mereka melawat Pulau Pinang, Melaka dan Kuching sebelum tiba di sini hari ini.

Ditanya mengenai pesanannya kepada rakyat Malaysia, beliau berkata: “Kepada semua rakyat Malaysia, kalian mempunyai sebuah negara yang menakjubkan dan makmur. Ia menuju ke arah yang betul. Jangan ambil mudah.”

Naib Presiden Kanan NZMVA  William Russel, 78,  berkata beliau berada di Malaysia  dari 1961 hingga 1964  semasa menganggotai Batalion Pertama Regimen Infantri New Zealand.

Katanya beliau gembira kerana turut sama menyumbang dalam pencapaian Malaysia pada tahun 1960-an.

“Hari ini, saya terkejut melihat negara yang indah ini begitu banyak berubah. Kemajuan yang dicatat mengagumkan,” kata Russel.

Beliau turut menasihati generasi muda Malaysia agar menghargai pencapaian negara hari ini.

“Tengok apa yang kalian miliki, kalian miliki suatu yang istimewa, ramai yang lain tertunggu-tunggu untuk miliki apa yang rakyat Malaysia miliki,” katanya.

Russel menyifatkan penglibatan pasukan New Zealand di Malaysia sebagai paling berjaya berbanding pembabitan mereka dalam Perang Korea dan Perang Vietnam. 
-Bernama


Tags / Kata Kunci: NZMVA , Peter Pangari

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan