Rasuah, Salah Guna Kuasa Pemusnah Kemerdekaan Negara

Diterbitkan: Rabu, 30 Ogos 2017 7:46 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Rasuah dan salah guna kuasa merupakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara sehingga boleh menyebabkan kemerdekaan yang dikecapi lumpuh dan musnah, kata  Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad.

Dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan 2017, beliau berkata semua warga Malaysia perlu memahatkan semangat patriotisme yang tinggi dan tidak goyah dengan ketamakan duniawi serta terjerumus ke dalam kancah jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

Beliau berkata rakyat Malaysia seharusnya mengecap erti kemerdekaan yang sebenar dan berganding bahu membawa Malaysia ke mercu kejayaan dengan membina bangsa dan negara yang bersih daripada anasir rasuah dan salah guna kuasa.

"Kita perlulah menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya dan memerdekakan diri daripada cengkaman budaya yang boleh menghancurkan pembangunan insan dan negara,” katanya.

Dzulkifli turut menyeru rakyat Malaysia untuk memerdekakan jiwa daripada ketamakan dan kecintaan kepada harta tidak sepatutnya menjadi milik diri dan memerdekakan keluarga daripada rezeki yang diperoleh melalui rasuah dan salah guna kuasa serta menyatakan ‘TIDAK' kepada rasuah dan salah guna kuasa.

Dalam kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di negara ini, Dzulkifli berkata ibadah korban juga menuntut untuk difahami makna yang lebih luas tentang erti pengorbanan.

“Bagi melakukan pengorbanan, setiap insan perlulah mempunyai ketabahan dan jati diri yang kuat dalam membangunkan negara yang tercinta tanpa terjerumus ke dalam belenggu rasuah dan salah guna kuasa yang akhirnya akan memusnahkan diri, keluarga dan negara,”katanya.

Dzulkifli berkata  Aidiladha kali ini perlu dijadikan sebagai titik tolak untuk mengorak langkah serta terus komited berjuang menentang kemungkaran jenayah rasuah dan salah guna kuasa demi membina masa depan negara yang lebih maju dan cemerlang -- Bernama  


Tags / Kata Kunci: SPRM , Hari Kebangsaan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan