SPRM Panggil Pengarah Strategik Azmin - Berita Semasa | mStar

SPRM Panggil Pengarah Strategik Azmin

Diterbitkan: Selasa, 29 Ogos 2017 12:18 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil Yin Shao Loong yang juga Pengarah Strategik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkaitan siasatan penyelewengan Universiti Selangor (Unisel).

Shao Loong diminta hadir di ibu pejabat SPRM kira-kira pukul 10 pagi Selasa.

Beliau tiba kira-kira pukul 9.30 pagi.

"Bergerak menuju Putrajaya. SPRM panggil saya dibawah Seksyen 30 (1) (a) berkaitan siasatan Unisel selepas laporan difailkan Pemuda Umno Kelana Jaya," tulis Shao Loong di laman Twitternya.

Terdahulu, SPRM menyerbu lima lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur dalam siasatan berhubung pembayaran RM16 juta oleh sebuah syarikat milik kerajaan Selangor kepada firma swasta yang menjalankan kerja penyelenggaraan kediaman pelajar di Kampus Induk Unisel Bestari Jaya.

Lokasi diserbu termasuk kampus dan pejabat utama Unisel, dua pejabat milik kontraktor Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) dan pejabat Menteri Besar Diperbadankan (MBI).

MBI dipercayai membuat bayaran kepada JNSB menerusi dua transaksi, iaitu RM10 juta pada 2015 dan RM6 juta lagi pada 2016.

Tags / Kata Kunci: Unisel , SPRM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan