SPRM Mesyuarat 4 September Bincang Tindakan Terhadap Guan Eng

Diterbitkan: Isnin, 28 Ogos 2017 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bermesyuarat pada 4 September ini untuk membincangkan tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata ini berikutan keengganan Lim memohon maaf secara terbuka atau menarik balik kenyataannya terhadap agensi itu berhubung kenyataan ‘penahanan haram' Exco kerajaan negeri berkenaan, Phee Boon Poh.

“Ini adalah satu fitnah kepada sebuah agensi kerajaan yang tiada apa-apa kepentingan dalam melaksanakan tugas kami. Kita memandang perkara ini secara serius kerana ini adalah hak kami,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, di sini, Isnin.

Jumaat lepas, SPRM memberi  tempoh 48 jam kepada Lim untuk memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjaya itu atau berdepan tindakan undang-undang susulan kenyataan yang dikeluarkannya yang berunsur fitnah.

Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata mesyuarat bersama barisan kepimpinan tertinggi SPRM itu akan meneliti semua aspek sebelum mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sama ada sivil atau jenayah.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Dzulkifli berkata SPRM menyasarkan  untuk menghapuskan gejala rasuah dalam sektor perkhidmatan awam menjelang 2020.

"Menjelang 2020,  kita perlu mencerminkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju, progresif dan berdaya saing yang mana risiko rasuah adalah rendah," katanya.

Majlis ikrar itu diketuai Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Jamil Salleh dan disaksikan oleh  Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Timbalan Menteri Datuk Henry Sum Agong serta Dzulkifli.-- Bernama 

Tags / Kata Kunci: SPRM , Guan Eng

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan