Bubu Darat Perangkap Monyet

Diterbitkan: Isnin, 28 Ogos 2017 10:06 AM

Mohd Zaifan (dua, kiri) bersama ahli kumpulan menunjukkan replika bubu darat yang berjaya menyandang johan bagi Anugerah Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) dan Inovasi 2017 yang diadakan di Hotel Grand Puteri, di sini.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pejabat Risda Daerah (PRD) Dungun berjaya mencipta inovasi terbaharu melalui hasil ciptaan bubu darat sebagai inisiatif kepada pekebun bagi menangkap monyet liar yang merosakkan tanaman getah.

Hasil ciptaan itu berjaya melayakkan mereka meraih johan menerusi kategori inovasi (teknikal) sempena Majlis Anugerah Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) dan Inovasi 2017, sekali gus melayakkan mereka mara ke pertandingan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 22 Oktober depan.

Ketua Kumpulan Bubu Darat, Mohd Zaifan Ghazali berkata, idea menghasilkan bubu darat itu tercetus kerana beliau sering mendengar rungutan pekebun berkaitan kerosakan tanaman akibat perbuatan monyet.

Justeru, katanya, beliau bersama empat lagi anggota kumpulan menggunakan konsep bubu bagi menangkap ikan di kawasan air sebelum mengimplementasikan teknologi yang digunakan terhadap hasil ciptaan terbaharu itu.

“Kita telah berjaya menangkap lebih 300 monyet liar yang mengganggu tanaman getah (anak getah) pekebun.

"Alhamdulillah, Projek ini telah berjaya dilaksanakan dengan sekali percubaan dan haiwan yang ditangkap diserahkan kepada Perhilitan," katanya.

Menurutnya, projek tahanan bubu ini telah dilaksanakan di Kampung Serdang, Keliyu di kawasan Delung, Dungun.

"Sebanyak dua lot digunakan sebagai lokasi bagi uji kaji projek ini dengan pemasangan dua unit bubu darat di kawasan itu,” katanya.

Mohd Zaifan berkata, bubu darat yang mampu memuatkan 20 hingga 30 monyet pada satu-satu masa itu memakan masa selama dua hari untuk disiapkan dengan kos sebanyak RM356.20 bagi setiap satu.

“Sebelum ini kita cuba letak umpan pisang pada bubu, nampaknya haiwan ini mampu berfikir dan kelihatan tidak berminat dengan umpan itu sehinggalah kita tukar kepada umpan pandan atau mengkuang laut yang disembur warna merah, memang banyak yang masuk perangkap,” katanya.

Mohd Zaifan turut berharap inovasi itu mampu meraih johan dalam pertandingan di peringkat kebangsaan nanti.- Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Risda , bubu darat

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan