Abah...Jangan Marah Ye

Diterbitkan: Isnin, 28 Ogos 2017 3:24 PM

(Ubah saiz teks)

TEMASYA Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), yang kini rancak berlangsung memotret pelbagai kisah warna-warni.

Ia termasuklah perihal maskot (KL2017), si Rimau yang saban hari ada sahaja kisahnya yang mencuri tumpuan dek kerana gelagat dan aksi-aksi yang mencuit hati serta bersahaja itu.

Rimau kini meniti laluan populariti dan dikatakan 'mengatasi populariti abahnya'.

"Ala abah...jangan marah, ini bukan pertandingan populariti," demikian keterangan yang menunjukkan Rimau diburu peminat untuk bergambar sedangkan 'abahnya' Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dilihat 'kesepian' tanpa diburu mana-mana peminat.

Perkongsian coretan itu lantas mengundang komentar Nura Hilwa Johari yang mengatakan Rimau sudah 'mengambil alih' populariti Khairy.

"Populariti abah kena caras dengan Rimau," tulisnya.

Sementara itu, menurut Erin Violet , Khairy hanya dapat melihat aksi itu dari jauh.

"Abah memerhati dari jauh," katanya.

Manakala menurut Ali Imran , Rimau telah mengatasi populariti Khairy.

"Rimau lebih popular daripada abah," katanya.

Sementara itu menurut, Siti Noor Ain, "Abah perati ja perangai Rimau tu,".

Sebelum ini  Rimau ini pernah 'ditegur' Khairy  kerana ditangkap berpelukan dengan maskot singa comel, Nila daripada Singapura, dan baru-baru ini  Rimau sekali lagi meraih perhatian Khairy apabila memuat naik gambar bersama seorang gadis dengan kapsyen nakal.

"Susahnya nak jaga halal 'gap' (jurang)," tulis Rimau di ruangan laman rasmi Twitternya, @rimaumalaysia.

Foto aksinya itu mendapat perhatian Khairy yang kemudiannya berkongsi gambar itu beserta komen balas.

"Tangan tu. #Rimau," ujar Khairy menerusi Tweethandle @Khairykj.

Aksi nakal Rimau turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata terhibur dengan telatahnya.- Sinar Harian


 


Tags / Kata Kunci: Khairy , KL2017

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan