Semangat Setiakawan Jayakan Ambang Merdeka Lavos

Diterbitkan: Ahad, 27 Ogos 2017 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Suasana pagi di sekitar kawasan perumahan Lavender Ville, Puncak Alam dekat sini bertukar wajah pada Sabtu, berbeza berbanding hari-hari biasa.

Tanpa mengira usia dan latar belakang, penghuni kediaman di situ begitu bersemangat untuk memeriahkan program Di Ambang Kemerdekaan yang julung kali diadakan sempena sambutan ke-60 ini.

Kelihatan anak-anak seawal usia empat tahun segak memperagakan pelbagai rekaan baju berasaskan warna bendera negara, Jalur Gemilang.

Bersama keluarga dan jiran, generasi muda ini mengatur langkah untuk sama-sama menyertai perarakan dan pakaian beragam sempena Hari Kebangsaan.

Setiausaha Biro Kebajikan Wanita Persatuan Penduduk Lavender (Lavos),  Asroliza Ali Yen berkata, program perintis ini dihadiri kira-kira 1,000 penduduk kawasan perumahan itu.

"Ramai yang tampil dengan pelbagai rekaan baju Jalur Gemilang, tidak kira usia hingga menarik perhatian semua yang hadir.

"Tambah meriah apabila deklamasi sajak menaikkan lagi semangat sempena sambutan merdeka negara," katanya.

Program perintis ini dirasmikan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim diiringi Pengerusi Lavos, Kamarulzaman Mohamad untuk menandatangani tembok Kemerdekaan yang dibina khusus untuk acara itu.

Kata Asroliza, pihaknya bertuah dengan kehadiran Profesor Datuk Dr Awang Sariyan yang juga mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Putaka (DBP) menyampaikan sajak nukilannya, "Meruntun Si Merdeka".

"Acara ini juga diserikan apabila Datin Haryani Haron berduet dengan Nur Fatin Hanani untuk sajak berjudul "Laungan Negeri Kita Yang Abadi", manakala Nur Fatin seterusnya menyampaikan sajak nukilan Hashim Yaacob iaitu "Kitalah Tuan"," katanya.



Tags / Kata Kunci: Lavos

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan