Guan Eng Enggan Jawab Desakan Mohon Maaf Kepada SPRM

Diterbitkan: Ahad, 27 Ogos 2017 4:37 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Ahad masih enggan menjawab berhubung desakan supaya beliau memohon maaf dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Hari ini, saya hanya boleh jawab satu isu sahaja iaitu mengenai isu tambakan laut di perairan Pulau Pinang yang dibangkitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Teknologi Jepun 2017, di sini, Ahad.

Jumaat lepas, SPRM telah memberi Lim tempoh 48 jam untuk memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjaya itu atau berdepan tindakan undang-undang susulan kenyataan yang dikeluarkannya yang berunsur fitnah.

SPRM menyifatkan kenyataan Lim bahawa penahanan Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh oleh SPRM sebagai “penahanan haram” merupakan satu kenyataan berunsur fitnah.

Sementara itu, Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata pihaknya terkejut dengan pengumuman bahawa kerajaan pusat tidak akan menyokong kerja-kerja tambakan laut di selatan negeri ini.

Beliau mengulas kenyataan Najib semasa majlis Jamuan Rakyat di Balik Pulau bahawa kerajaan Persekutuan tidak akan menyokong projek tambakan laut di Pulau Pinang sekiranya ia akan memberi kerugian yang besar sehingga menjejaskan punca pendapatan rakyat di kawasan terlibat.

Perdana menteri juga berkata kerajaan persekutuan mempunyai pendirian dalam meluluskan sesuatu projek dan bukanlah menolak semata-mata atas dasar fahaman politik.

Lim berkata, “kerja-kerja tambakan laut di selatan negeri ini sedang dalam proses untuk dikaji oleh Jabatan Alam Sekitar, jadi biarlah projek itu ditentukan oleh kajian-kajian alam sekitar”.

Kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan pelaksanaan projek tambakan laut seluas kira-kira 1,800 hektar di Permatang Damar Laut di daerah Barat Daya yang bernilai RM46 bilion bagi membina tiga pulau buatan untuk tujuan pembangunan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , SPRM

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan