Sempoi...Karya Spontan Cikgu Julang Atlet Sukan SEA

Diterbitkan: Ahad, 27 Ogos 2017 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kagum dengan semangat juang yang ditunjukkan barisan atlet negara yang bersaing pada temasya Sukan SEA 2017 (KL2017), wanita bertudung ini berusaha menyiapkan sebuah lagu khas buat mereka.

Bukan calang-calang orang, jangan terkejut kerana di sebalik lagu 'meremang bulu roma' itu adalah seorang guru 'sempoi' yang usianya hampir separuh abad.

Norfiza Bahari, 47, berkata lagu 'Kamulah Hero' ciptaannya didedikasikan sepenuhnya buat semua atlet yang bertanding dalam KL2017.

"Idea datang ketika saya sedang tengok perlawanan bola jaring di rumah, saya ingat lagi masa menghafal melodinya yang datang tiba-tiba, anak-anak gelakkan saya.

"Habis saja perlawanan, saya sudah dapat siapkan hampir separuh daripada lagu ini," katanya kepada mStar Online.

Menurut Norfiza, sukan bola jaring adalah sukan yang paling diminatinya dan selain menjadi jurulatih, beliau juga sering dijemput untuk menjadi pengadil perlawanan bola jaring di Melaka.

Berkhidmat sebagai guru kelas pemulihan khas di Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh, Alor Gajah, Melaka kata Norfiza, 'Kamulah Hero' mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan sepenuhnya.

"Setelah siap pada Khamis lalu, saya menyanyikannya sambil main gitar dan kebetulan kawan saya merakamkannya, ketika itu kami ada seminar di Upsi (Universiti Pendidikan Sultan Idris).

Video tersebut kemudian dimuat naik di Facebook dan mendapat perhatian dan pujian ramai.

"Ramai yang suka, kawan yang rakam video tu pun kata bulu romanya meremang masa dengar lagu tu. Ada juga saya 'tag' Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan) di Facebook dalam posting saya tu.

"Saya rasa bangga dan gembira sebab memang lagu itu saya cipta untuk beri motivasi dan julang atlet negara," katanya yang meminati penyanyi Faizal Tahir.

Ibu kepada tiga anak ini berkata, 'Kamulah Hero' bukanlah lagu pertama yang dicipta sebaliknya beliau mempunyai lebih kurang 30 koleksi lagu ciptaan sendiri untuk kanak-kanak dan berunsurkan ketuhanan.

Jelasnya, walaupun mengajar kelas pemulihan, seni dan muzik sudah sebati dalam dirinya kerana beliau belajar muzik ketika mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Batu Bahat dulu, malah anak lelakinya juga mahir bermain gitar.

Beliau menambah, bapanya, Bahari Abdullah, 71, adalah pencipta sajak dan merupakan individu yang sering memberi kritikan terhadap lagu-lagu ciptaannya.

Menurut Norfiza, beliau pernah terfikir untuk mengkomersilkan lagu-lagunya tetapi sedar ia memerlukan kos yang tinggi.

Tags / Kata Kunci: Kamulah Hero , KL2017

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan