Lagi Rakyat Malaysia Buat Hal Di Jepun!

Diterbitkan: Sabtu, 26 Ogos 2017 5:19 PM

Dua wanita dipercayai rakyat Malaysia didakwa membasuh dan menyidai pakaian basah serta tidur di ruang solat pelbagai agama Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Jepun pada Jumaat. - Facebook/ Tok Sheikh

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Media sosial hari ini dikejutkan dengan kes terbaru melibatkan rakyat Malaysia yang sekali lagi 'buat hal' di Jepun.

Jika sebelum ini tiga remaja mencemarkan nama baik negara apabila mengasari seorang pekerja dan merosakkan kemudahan di rumah tumpangan yang diduduki mereka di Osaka, kali ini ruang solat untuk kegunaan pelancong pelbagai agama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai pula menjadi 'mangsa' terbaru kepada sikap tidak prihatin rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara matahari terbit itu.

Berdasarkan posting dan gambar yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Tok Sheikh, kejadian yang berlaku pada Jumaat itu menunjukkan dua wanita dipercayai rakyat Malaysia sedang tidur di dalam ruang berkenaan.

Posting itu turut menunjukkan beberapa helai pakaian basah disidai di tiga buah kerusi dan besi penyangkut yang disediakan di ruang bersaiz kecil tersebut, malah
beberapa bagasi dilihat turut diletakkan di ruang sama.

Papan tanda mengenai larangan kelakuan yang boleh menggangu pengguna lain sudah terang-terangan terpampang dan tindakan mereka itu jelas bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Tok sheikh yang kini berada di Jepun ketika dihubungi mStar online berkata, dia menerima maklumat mengenai kejadian itu ketika bertemu dengan rakyat Malaysia yang singgah makan di sebuah restoran halal di sana.

"Gambar tersebut diambil semasa mereka ingin menggunakan ruang solat (wanita) dan mendapati dua orang perempuan telah tidur dan basuh pakaian mereka di situ.

"Mereka turut sidai pakaian di dalam bilik itu sedangkan papan kenyataan sudah menyatakan apa yang tidak boleh dibuat ketika berada di dalam ruang solat berkenaan," katanya.

Menurut Tok Sheikh yang bekerja dengan sebuah syarikat pelancongan dan sering berulang-alik ke negara itu, dia berasa amat kesal dengan sikap dan perbuatan sebahagian rakyat Malaysia yang sering menyalahgunakan kemudahan awam yang disediakan.

"Sekiranya nanti kemudahan seperti ini ditarik balik, ia akan menjadi masalah kepada semua pelancong yang ingin solat di tempat yang disediakan.

"Kepada mereka yang ingin belajar melancong ke luar negara, hendaklah juga belajar menjaga adab kerana kita membawa nama negara.

"Jika perkara seperti ini terus berlaku, ia amat memalukan kerana nila setitik rosak susu sebelanga," ujarnya yang sering ke Jepun sejak 2014.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan