Ayunya Berbaju Kurung Angkat Besi

Diterbitkan: Sabtu, 26 Ogos 2017 4:46 PM

Siapa sangka gadis berbaju kurung yang lemah-lembut ini sebenarnya berjiwa kental.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Siapa yang memandang gadis berhijab ini pasti terdetik di dalam hati "anak siapalah ni, sungguh ayu bersopan-santun."

Berbaju kurung corak merah jambu dan hijau muda, dia mencuri tumpuan apabila mengangkat besi pemberat atau 'dumbbell' di gim.

Wanita ini menarik perhatian netizen selepas video dan gambarnya melakukan senaman di gim dengan memakai baju kurung, dimuat naik di laman sosial.

Pemilik nama Nur Fatehah Che Ramli yang berasal dari Kuala Terengganu ini sebenarnya baru berusia 21 tahun.

Bersama para pelajar selepas sesi latihan taekwondo.

Menurut Fatehah, ia bukan pertama kali dia memakai baju kurung semasa bersenam di gim.

"Dah banyak kali saya pakai baju kurung bila datang ke gim selepas waktu kerja.

"Ada juga saya bersenam di gim dengan pakaian sukan. Tapi bila berbaju kurung, saya hanya membuat senaman ringan yang tidak memerlukan banyak pergerakan," katanya kepada mStar Online.

Siapa sangka di sebalik kelembutan setiausaha di sebuah syarikat di Marang, Terengganu ini, dia sebenarnya pemegang tali pinggang hitam taekwondo.

Fatehah sudah biasa berbaju kurung mengangkat besi di gim.

Menurut anak keempat daripada tujuh beradik ini, dia mula menceburi seni mempertahankan diri itu sejak berusia tujuh tahun.

"Saya sekarang menjadi jurulatih taekwondo separuh masa. Sama ada bersenam atau berlatih taekwondo, saya lakukannya kerana minat," kata Fatehah yang juga belajar secara sambilan dalam peringkat Diploma Pengurusan Perniagaan di Open University Malaysia (OUM), Terengganu.

Fatehah berkata, dia mula bersenam di gim sejak awal tahun tetapi kini dibantu jurulatih, Abu Mansur Al Mathuridi Azahari yang juga tunangnya.

Bersenam menggunakan 'dumbbell' bukanlah mahu menjadi sasa, sebaliknya Fatehah mengimpikan berat badan yang ideal.

Sedang menjalani latihan di gim bersama jurulatih.

"Badan saya ni kurus, dulu 42 kilogram (kg) saja. Lepas berlatih dengan tunang selama tiga minggu, berat badan dah naik 3kg," katanya yang meletakkan sasaran 51 kg.

Sementara itu, Abu Mansur, 26, yang lebih dikenali sebagai Mansurtropin berkata, tiada masalah untuk berbaju kurung sekiranya melakukan senaman ringan yang bersesuaian.

"Tak semestinya kena seksi dan pakai ketat di gim. Fatehah juga selalu berpakaian sukan ketika bersenam tetapi bercirikan muslimah.

"Dia ni nampak saja lemah-lembut, tapi jiwanya kental. Ada 'black belt' taekwondo!," kata Mansurtropin yang juga atlet bina badan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan