95 Peratus Jemaah Sudah Ke Tanah Suci

Diterbitkan: Sabtu, 26 Ogos 2017 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Sebanyak 95 peratus daripada 30,200 jemaah haji tanahair sudah berlepas ke Tanah Suci.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata baki lima peratus lagi jemaah dijadual berlepas dalam waktu terdekat dengan penerbangan terakhir pada 28 Ogos ini.

"Walaupun saya tidak berada di Tanah Suci bersama jemaah lain ketika ini, namun setiap hari saya monitor dan menerima laporan daripada Tabung Haji mengenai perkembangan jemaah haji yang telah berada di Makkah dan Madinah.

"Sehingga hari ini, sudah 95 peratus penerbangan berlepas dan penerbangan terakhir ialah pada Isnin ini," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Program Mahabbah Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) Kedah 2017 di pekarangan Masjid Al-Khairiyah Bedong, di sini, malam Jumaat.

Penerbangan pertama jemaah haji dariMalaysia pada 24 Julai lalu dan penerbangan terakhir dijadualkan pada 26 Ogos, namun ada penerbangan yang tertunda selepas Kerajaan Arab Saudi memperketat urusan pengeluaran visa haji bagi mengelakkan pengganas menyeludup masuk ke sana.

Dalam pada itu, Jamil Khir turut memuji penganjuran program terbabit yang disifatkannya sebagai antara usaha menyuburkan kemajuan dan pembangunan Islam di negara ini.

"Radio ini menjadi model penyiaran padamasa kini denganjangkauan pendengar mencecah 1.4 juta orang dan IKIM berdiri bukan hanya atas platform penyiaran semata-mata sebaliknya lebih 'advance', termasuklah menerusi televisyen IKIM dan media sosialnya, yang boleh dicapai masyarakat hampir di seluruh dunia," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tanah Suci , haji , Jamil Khir

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan