“Jangan-Jangan Bukan Untuk Saya”

Diterbitkan: Jumaat, 25 Ogos 2017 1:53 PM

Surat cinta yang diikat di leher kucing milik Awie dengan menggunakan seutas tali berwarna kuning.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang wanita cantik mencuri tumpuan netizen selepas surat cinta yang dikirimkan oleh jejaka misteri kepadanya tular di laman sosial.

Rata-rata netizen kagum dengan cara kreatif yang digunakan oleh jejaka misteri tersebut untuk memikat hati wanita idamannya.

Jejaka misteri itu menggunakan khidmat seekor kucing pada malam Rabu lalu bagi meluahkan isi hatinya kepada ejen hartanah, Siti Nur Aswani Mohd Khir.

Isi kandungan surat cinta itu berbunyi: "Assalamualaikum, saya nak cakap face to face (bersemuka) segan, so (jadi) macam ni la caranya. Saya nak berkenalan ja, kalau awak sudi, saya nak mintak nombor telefon ja kalau tak keberatan."

"TQ . Reply this message after you receive (Terima kasih. Balas mesej ini selepas awak terima)."

Surat cinta yang dihantar oleh jejaka misteri kepada Awie pada malam Rabu.

Wanita yang berusia 27 tahun itu mengakui dia bukan sahaja terkejut apabila melihat leher kucingnya diikat dengan tali yang terselit surat cinta, malah meragui sama ada surat itu benar-benar ditujukan kepada dirinya atau rakan serumah yang lain.

"Jangan-jangan bukan untuk saya kerana sebenarnya saya tinggal dengan dua orang lagi rakan serumah.

"Tapi kawan serumah menolak pendapat itu kerana mereka kata hanya saya yang mempedulikan kucing-kucing ini. Kami semua gelak sakan bila terkenang kejadian melucukan itu," katanya ketika dihubungi mStar online pada Jumaat.

Awie memelihara dua ekor kucing di rumah sewanya dan memiliki 12 ekor lagi kucing di kampung.

Kisah 'posmen kucing' itu juga mengundang komen daripada  netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing menerima surat cinta.

"Kreatif la ni caranya nak ngayat (mengurat). Masih kemelayuan juga kan. Dulu-dulu masa zaman belajar, ada siswa duduk nyewa sebelah rumah tak guna cara gini.

"Lagi daring (berani) mamat tu. Terus cakap depan-depan "aku suka kat kau". Terkejut, terus tak nak. Bila ingat-ingat balik menyesal pulak tak sahut cinta direct (terus) tu. Kalau tak sure (pasti) #tilljannah," tulis Zety Zarina Azizan.

Status 'posmen kucing' yang dimuat naik oleh Awie tular selepas beberapa laman Facebook menyiarkan tentang kisahnya pada Khamis.

Seorang lagi wanita, Noorhafizah Abdul Hamid menulis pengalamannya: "Aku pernah dapat time (masa) final exam (peperiksaan akhir) dalam hall (dewan), student (pelajar) yang habis jawab awal boleh hantar kertas dan balik."

"Lepas itu ada seorang mamat ni jalan sebelah aku terus masukkan kertas dalam bekas pensil aku, terus dia blah (pergi).

"Aku dengan semangat ingat ada org nak share (kongsi) jawapan dengan aku, sekali pensyarah datang ambil kertas itu dan baca, kemudian gelak."

"Yang aku sudah nervous (gementar) gila. Lepas keluar hall (dewan) tengok-tengok rupanya surat cinta," luahnya.

Manakala pengguna Facebook, 'John Cat Tivo' pula memberi alternatif kepada mereka yang ingin memikat orang yang disukai dengan menghalang laluan kereta individu tersebut.

"Cara paling mudah nak dapatkan nombor telefon orang yang kita suka, kau block (sekat) kereta dia lepas tu kau letak nombor telefon kau, nanti mesti dia call (hubungi) suruh alihkan kereta. simple (mudah)," tulisnya.

Tags / Kata Kunci: posmen kucing

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan