KJ 'Anak Jantan' Menghadap Sultan Johor

Diterbitkan: Jumaat, 25 Ogos 2017 11:32 PM

Khairy (kiri) menghadap Sultan Ibrahim. Turut serta Tunku Ismail. Foto Facebook Johor Southern Tigers

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengejutkan ramai apabila tampil menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Jumaat. 

Beberapa gambar pertemuan itu dimuat naik di halaman Facebook Johor Southern Tigers. Turut kelihatan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tindakan Khairy itu mendapat pujian netizen yang rata-rata menyifatkan beliau sebagai ‘anak jantan’ kerana menghadap Baginda untuk berdamai.

“Macam ni lah anak jantan… selesaikan masalah,” kata Mista Baha di ruangan komen.

Zainal Razak pula berkata, pertemuan tersebut menyaksikan kedua-dua pihak merapatkan hubungan silaturrahim.

“Terbaik kedua-kedua pemimpin berpengaruh ni.... boleh dijadikan contoh,” ujar Kojekz Rio.


Pertemuan tersebut susulan Sultan Ibrahim mencabar skuad polo Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang diterajui Khairy untuk bertanding menentang pasukan Johor dalam acara kuda lasak itu.

“Harap tiada lagi pihak yang cuba melagakan saya dan keluarga DiRaja Johor,” kata Khairy di laman sosial Twitternya pada Jumaat.

Khairy turut berpesan supaya netizen bersikap bertanggungjawab dalam memberikan komen di media sosial.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Khamis, Sultan Johor itu menjemput Khairy supaya menerima cabaran tersebut dan tidak menghampakan kehendak rakyat untuk melihat skuad polonya menewaskan pasukan Johor. 

Pada aksi pagi Khamis, skuad polo negara terus mempamerkan aksi cemerlang selepas menundukkan Singapura 13-2 di Taman Ekuestrian Putrajaya.

Ia adalah kejayaan kedua selepas menumpaskan pasukan Brunei dalam saingan yang pertama dengan kemenangan 12-4.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan