Pokok Musang King Hadiah Pemenang Sukan SEA?

Diterbitkan: Khamis, 24 Ogos 2017 12:31 PM

Atlet negara, Farah Ann Abdul Hadi bersama pingat emas yang dimenangi dalam acara senaman lantai di Sukan SEA 2017. Beliau turut menerima anak pokok dan patung maskot temasya sukan itu. Foto FAIHAN GHANI

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ramai yang pelik setiap kali menyaksikan atlet yang menaiki podium untuk dikalungkan pingat kemenangan mereka di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Pingat emas, perak dan gangsa sudah pasti menjadi genggaman, selain patung maskot sebagai tanda kenang-kenangan di atas pencapaian mereka di sukan berprestij ini.

Gambar-gambar atlet yang memenangi pingat tular di media sosial namun bakul berisi anak pokok yang turut diterima mereka mencuri perhatian netizen.

“Nak tahu di mana tanam... sebab terfikir juga, kalau bagi pokok, boleh ke dia orang bawa balik ke negara luar,” kata seorang netizen yang merujuk kepada pemenang-pemenang pingat pada KL2017 dari negara-negara lain.

Seorang lagi netizen berkata: “Kita pun tertanya-tanya apakah pokok itu?”

Malah ada yang cuba membalas dengan nada bergurau: “Anak pokok Durian Musang King kot. Buahnya mahal, hehehe.”

Atlet Malaysia, Gan Hua Wei dan Lee Yhing Huey berpuashati dengan pingat Perak acara Rutin Duet Teknikal Renang Berirama. Foto Bernama

Anak-anak pokok tersebut sebenarnya merupakan sebahagian daripada program inisiatif hijau KL2017 yang dinamakan ‘Satu Pingat, Satu Pokok’, antara lain bertujuan untuk mengimbangi jumlah karbon yang dilepaskan sepanjang temasya sukan itu berlangsung.  

Program inisiatif hijau KL2017 dipengerusikan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), diselaraskan oleh Sportswork dengan kerjasama rakan hijau, Landskap Malaysia.  

Pengurus Kanan Sportswork, Suzana Mohkeri berkata, sebanyak 5,249 anak pokok disediakan Sukan SEA ke-29 termasuk Sukan Para Asean ke-9.

Anak pokok yang diterima pemenang pingat Sukan SEA 2017.

Katanya, anak-anak pokok tersebut akan ditanam di bawah jejambat yang dibina bagi membolehkan haiwan-haiwan liar melintasi kawasan hutan dengan selamat.

“Kesemua anak pokok yang diterima atlet merupakan simbolik kepada program inisiatif hijau dan akan diserahkan semula untuk ditanam.

“Ini termasuk anak-anak pokok yang diterima pemenang pingat dalam kalangan atlet dari negara-negara lain,” katanya kepada mStar Online.

Aktiviti penanaman anak pokok tersebut di bawah Pelan Induk Rangkaian Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) bermula dari Oktober ini sehingga Mac 2018.

Suzana berkata, empat lokasi yang dirancang untuk penanaman tersebut iaitu tiga kawasan hutan di Perak, Kelantan dan Terengganu serta Bandar Sukan Kuala Lumpur.

“Anak-anak pokok yang diterima atlet negara yang memenangi pingat emas akan ditanam di Bandar Sukan Kuala Lumpur.

“Terdapat rancangan untuk mewujudkan ‘Wall of Honour’, satu berbentuk peringatan yang akan menyenaraikan nama atlet negara yang menerima pingat emas dan acara yang dimenangi mereka,” katanya.

Beregu boling lelaki yang memenangi pingat emas, Alex Liew (dua, kanan) dan Muhd Syafiq Ridhwan Abdul Malek (kanan) dan pemenang pingat perak, Muhammad Rafiq Ismail (dua, kiri) dan Adrian Ang Hsien Loong (kiri) bergambar bersama pingat termasuk bakul berisi anak pokok dan patung maskot. Foto Bernama

Sebanyak tiga jenis anak pokok disediakan iaitu syzygium polyanthum (Salam), garcinia hombroniana (Bruas) dan syzygium malaccense (Jambu).

Mengenai pemilihan pokok, Suzana berkata, ia bersesuaian dengan spesisnya untuk ditanam di kawasan hutan bagi persekitaran hidupan liar.    

“Aktiviti penanaman pokok ini akan dilakukan secara berperingkat dan membuka penyertaan kepada semua termasuk atlet yang menerima anak pokok tersebut, masyarakat dan penduduk setempat,” katanya.

Tags / Kata Kunci: anak pokok , KL2017 , Sukan SEA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan