Najib Terima Jemputan Trump

Diterbitkan: Khamis, 24 Ogos 2017 10:11 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menerima jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk bertemu dengannya di Rumah Putih, bulan depan.

Wisma Putra dalam kenyataannya berkata, perdana menteri akan melakukan lawatan kerja ke Washington atas jemputan Trump.

"Susulan jemputan Presiden AS, Donald Trump, dengan itu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja ke Washington pada 12 September 2017.

"Malaysia dan AS bakal menyambut ulang tahun hubungan dua hala ke-60 yang kini semakin diperkukuhkan di bawah kepimpinan perdana menteri.

"Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua negara termasuk aspek keselamatan, pengganas, perdagangan dan pelaburan untuk kebaikan negara dan rakyat," kata Kementerian Luar.

Sebelum ini, Rumah Putih telah mengeluarkan kenyataan memaklumkan mengenai jemputan Trump kepada Najib itu.

Tags / Kata Kunci: Najib , Trump

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan