Elak Mendaki Bukit Broga

Diterbitkan: Khamis, 24 Ogos 2017 10:33 AM

(Ubah saiz teks)

SEMENYIH: Penutupan sementara laluan mendaki Bukit Broga bagi melaksanakan kerja pemuliharaan tebing telah diumumkan pihak berwajib minggu lalu.

Bagaimanapun, keputusan itu sekali lagi diulangi untuk perhatian pendaki dan pengunjung bagi menjamin keselamatan mereka selepas laluan pendakian itu didapati tidak sesuai untuk tujuan riadah.

Perbuatan meneroka tanah tinggi secara haram adalah antara punca berlakunya kejadian di kawasan yang sering dipenuhi pengunjung terutama pada hujung minggu.

Menurut Exco Selangor, Elizabeth Wong, keputusan menutup laluan mendaki Bukit Broga diputuskan pada mesyuarat baru-baru ini.

"Jabatan Pembangunan Orang Asli (Jakao) telah membenarkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk menanam getah di sini untuk membantu penduduk Kampung Orang Asli Broga.

"Bagaimanapun, mereka tidak memaklumkan perkara itu kepada pegawai tanah atau kerajaan negeri sebelum kerja-kerja penerokaan tebing dilakukan," katanya.

Wong menambah, permohonan Risda bagaimanapun telah ditolak tahun lalu, bagaimanapun pemeriksaan mendapati agensi itu tetap meneruskan kerja-kerja penolakan tanah tahun ini.

Siasatan berhubung isu ini mula dijalankan Julai lalu apabila pihak berkuasa di Hulu Langat dan kerajaan negeri menerima aduan daripada pendaki.

Proses pemuliharaan itu dijangka mencecah RM1 juta dan selesai dalam masa tiga hingga lima bulan.

Tags / Kata Kunci: Broga , Elizabeth

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan