Bangga Jadi Penenun Diraja

Diterbitkan: Rabu, 23 Ogos 2017 9:44 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Bertuah. Itu yang boleh diungkapkan bagi dua wanita masyarakat Orang Asli yang berasal dari Pos Betau, Kuala Lipis apabila diberi peluang menjadi antara pelajar sekali gus penenun kain Tenun Diraja Pahang di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD) Tengku Ampuan Besar Meriam, di sini.

Jarak lebih kurang 200 kilometer dari kampung halaman tidak menghalang mereka merebut peluang bagi memperoleh Sijil Seni Kraf Tenunan secara sepenuh masa selama dua tahun di institut berkenaan untuk belajar menenun kain Tenun Pahang Diraja yang dinaungi Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut, Naera Bahdu, 23, kerja menenun sukar dilakukan jika tidak disertai minat, usaha dan kesabaran tinggi untuk menyiapkan setiap kain tenun yang berukuran lebih kurang dua meter bagi setiap rekaan dihasilkan.

“Pada peringkat awal belajar berasa amat sukar kerana kami datang ke sini ‘kosong’ dan tak tahu apa-apa tentang ilmu menenun, yang kami tahu hanya songket dan batik.

“Saya pernah menitiskan air mata dan berasa untuk berhenti belajar kerana ada kalanya tak boleh fokus untuk memahami apa yang diajarkan tetapi berkat kesabaran dan tunjuk ajar cikgu saya berjaya mengharunginya.

“Setelah berada di sini selama dua tahun, saya sudah menghasilkan lebih daripada 10 corak kain tenun,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Projek Kraf KampungKu (KKK) Tenun Pahang Diraja di Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi, di sini.

Dalam pada itu, katanya, perkara yang sukar sepanjang tempoh pembelajaran adalah ketika proses mengenal benang.

“Perkara lain yang perlu diberikan fokus adalah ketika memisahkan benang daripada gumpalan, memahami teknik colek dan sapuan, meloseng sehingga ke peringkat menenun.

“Walaupun susah, saya berusaha belajar kerana bukan senang untuk dapat peluang ini. Jadi saya perlu dapatkan ilmu ini sehingga mahir,” katanya yang turut mengambil kursus lanjutan enam bulan lagi dan akan tamat November depan.

Sementara itu, bagi Azizah Bahkendas, 22, yang masih mengikuti latihan jangka pendek selama enam bulan di institut ini sebelum mula bekerja sebagai penenun berkata, bukan mudah baginya belajar menenun.

“Memang mula-mula rasa juga hendak berhenti sebab tak pandai. Selepas setahun di sini, baru saya kenal tentang tenun, dapat bermain dengan warna, motif, corak, rekaan, konsep dan akhirnya dapat menenun dengan baik sekali.

“Susah macam mana pun, kalau melihat hasil sendiri akan berasa gembira walaupun jari hampir terluka dan kebas kerana asyik menarik dan memintal benang ketika menenun,” katanya.- Sinar Harian


Tags / Kata Kunci: Orang Asli , Tenun Diraja Pahang

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan