Jemaah Buta Gagah Ke Tanah Suci

Diterbitkan: Rabu, 23 Ogos 2017 11:26 AM

Azeman (kiri) mengiringi isterinya, Zuhaida (tengah) yang cacat penglihatan semasa mereka berdua berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada Selasa untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Suci. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Biarpun diri buta dan menghidapi SLE (Sistemik Lupus Eritematosus), Zuhaida Ahmad tetap gagah untuk ke Tanah Suci apabila menerima tawaran menunaikan haji tahun ini.

Zuhaida, 39, tidak dapat melihat sejak melahirkan anak kedua, 13 tahun lalu, akibat komplikasi bersalin yang agak teruk selain stres.

"Alhamdulilah moga Allah mudahkan segala urusan saya di sana dan dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.  Cabaran yang dilalui pada mulanya doktor agak berat untuk memberikan saya pergi berikutan faktor kesihatan antaranya kelengkapan seperti  mesin yang digunakan untuk mencairkan darah tidak ada di sana.

"Namun syukur akhirnya saya dapat juga  menjadi tetamu Allah mengerjakan haji," katanya ketika ditemui  pemberita pada majlis Pelepasan Jemaah Haji Negeri Pulau Pinang ke Tanah Suci di sini, Selasa.

Majlis itu disempurnakan oleh Yang Di-Pertua negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Zuhaida yang ditemani suami Azman Mohamad,43, berkata beliau membawa 12 jenis bekalan  ubat yang perlu diambil setiap hari iaitu sebanyak 27 biji pada waktu pagi dan lima biji pada waktu malam.        

Ibu kepada empat anak itu berkata, beliau mula mendaftar dengan Tabung Haji (TH) pada 2003 dan jika mengikut giliran, 2018 adalah tahun untuk beliau mengerjakan haji.

"Alhamdulilah tahun ini saya dipanggil," katanya yang berlepas ke Tanah Suci dengan 285 jemaah lain bagi penerbangan petang Selasa.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga TH Datuk Seri Johan Abdullah menasihatkan bakal jemaah haji agar menjaga kesihatan masing-masing.

"Seperti umum dah maklum cuaca pada tahun ini agak panas mencecah 47 darjah celcius. Orang Malaysia begitu biasa dengan cuaca panas jadi  jagalah kesihatan, minum air dan makan ubat,” katanya.

Johan turut meminta jemaah Malaysia menjaga disiplin sepanjang berada di sana.

"Dari segi  disiplin, maklum sajalah ramai jemaah di sana, disiplin jemaah Malaysia perlu dijaga. Maklum saja  jumlah jemaah pun meningkat, kuota negara lain pun meningkat.

"Jadi dengarlah nasihat petugas haji umpamanya jika rancangan awal nak pergi melontar (jamrah) jam 9.30 malam, harap bersabar kalau kita tidak dapat pergi pada jam 9.30 malam , adalah sebab-sebab  tertentu kenapa kita tidak dapat melontar pada waktu itu," katanya. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan