“Saya Bukan Betul-betul Nak Bogel”

Diterbitkan: Selasa, 22 Ogos 2017 9:01 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang wanita cantik menjadi perhatian ramai selepas kenyataannya di Twitter bahawa dia mahu berbogel tular di media sosial.

"Aku rasa team Polo Malaysia menang, sebab diorang memang terer. Malaysia menang aku bogel!,” katanya di laman sosial, pagi Selasa.

Keputusan acara polo ekuestrian Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) pada Selasa berpihak kepada Malaysia yang berjaya menewaskan Brunei 12-4.

Perlawanan yang ditunggu-tunggu ramai gadis itu menyaksikan pertarungan antara dua pasukan membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah.

Bagaimanapun kenyataan yang dibuat oleh gadis yang baharu berusia 23 tahun itu dipadam selepas beberapa jam.

Nurul Adilla Abd Rahim (gambar) menjelaskan bahawa apa yang ditulisnya di laman sosial itu hanyalah sekadar gurauan mesra tanpa berniat untuk melakukannya.

"Saya tak sedar gurauan saya ini dianggap sesuatu yang serius. Perkataan ‘bogel’ itu bukan bermakna saya akan betul-betul nak bogel pun.

"Ia juga bukan satu taruhan kalau pasukan Malaysia menang atau kalah. Ia bukan sesuatu yang disengajakan,” katanya kepada mStar Online.

Lebih dikenali sebagai Lala, penolong penerbit di sebuah stesen televisyen itu benar-benar tidak menyangka kenyataan tersebut boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

"Saya akui perkataan ‘bogel’ itu agak sensitif dan saya mohon maaf sekiranya ada yang salah faham di atas kenyataan itu,” kata anak sulung daripada tiga beradik ini.

Berikutan kekecohan itu, Lala memberitahu bahawa dia akan lebih berhati-hati selepas ini dalam membuat sebarang kenyataan di laman sosial.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan