'Hantu Bibir Besar' Ganggu Pemandu GrabCar/Uber

Diterbitkan: Selasa, 22 Ogos 2017 1:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kecoh apabila kumpulan pemandu GrabCar dan Uber baru-baru ini mendakwa mereka sering  'diganggu' oleh hantu berbibir besar.

Dalam satu posting di Facebook, seorang pemandu GrabCar yang menggunakan nama Nizal Cool telah berkongsi pengalamannya yang dihubungi 'hantu' ketika mencari penumpang di sekitar Puchong.

Selain berbibir besar, dia juga menggambarkan 'hantu' tersebut bersusuk tubuh badan besar, sangat hitam dan berambut kerinting.

Bagaimanapun, setelah disiasat 'hantu' yang dimaksudnya pemandu berkenaan dipercayai merujuk kepada sekumpulan penumpang warga Afrika yang sering menimbulkan masalah kepada pemandu-pemandu 'e-hailing'.

Posting tersebut yang ditulis secara sinis di status Facebooknya telah mendapat maklum balas daripada pemandu-pemandu lain yang turut merungut berdepan masalah apabila membawa penumpang dari kelompok yang sama.

Antara masalah yang didakwa timbul termasuklah sering meminta pemandu mengambil rakan mereka yang lain di lokasi lain, membiarkan pemandu menunggu lama, tidak menghormati pemandu, mambayar tambang yang murah dengan wang besar dan lain-lain lagi.

Berdasarkan postingnya, Nizal Cool berkata dia sudah mengelak daripada mengambil penumpang ini dengan cara memeriksa nama penumpang sebelum menekan butang 'accept job'.

"Nasihat saya untuk rakan-rakan semua cubalah elakkan diganggu hantu syaitan dan rakan-rakannya seperti saya. Hidup anda akan kembali ceria semula," tulisnya.

Dalam pada itu golongan ini juga diberi gelaran 'mapren' oleh kumpulan pemandu yang dipercayai bermaksud 'my friend'.

Seorang pemandu lain juga telah memberikan tips kepada rakan-rakan pemandu yang masih mahu mengambil penumpang jenis ini.

Tags / Kata Kunci: pemandu GrabCar , pemandu Uber

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan