Negeri Sembilan Pecah Rekod Dunia

Diterbitkan: Ahad, 20 Ogos 2017 9:27 AM

Mohamad (tengah) bersama Silvai (kanan) yang mengesahkan kejayaan Negeri Sembilan memecahkan rekod dunia rantaian cengkaman tangan manusia terpanjang di dunia.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Negeri Sembilan berjaya memecahkan rekod dunia sekali gus mencatat rekod terbaru dalam World Guinness Book Record dalam misi rantaian cengkaman tangan manusia terpanjang di dunia, (The Longest Chain of People Clasping Wrists).

Program disertai 4222 sukarelawan seluruh Negeri Sembilan itu diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Turut serta menyertai rantaian manusia tersebut, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan barisan exco kerajaan negeri.

Perkara itu disahkan oleh wakil World Guinness Record, Silvai Maloof yang datang dari Sydney, Australia.

Rekod terdahulu dipegang oleh Pakistan melibatkan 2,950 peserta pada 29 September 2016.

Program anjuran Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan itu turut mengadakan Ekspedisi Menuju Puncak ke Gunung Angsi yang melibatkan 8,000 pendaki. - Sinar Harian

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan