Malaysia Minta Maaf

Diterbitkan: Ahad, 20 Ogos 2017 8:24 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Malaysia (Masoc) yang juga Menteri Belia dan Sukan bakal bertemu Imam Nahrawi pada Ahad.

Ia berikutan isu bendera Indonesia yang dicetak dalam buku cenderamata pembukaan Sukan SEA yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Sabtu malam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Masoc, pihaknya memohon maaf kepada rakyat Indonesia di atas kesilapan yang tidak disengajakan dalam mencetak bendera negara itu dalam buku tersebut.

"Masoc dan Khairy Jamaluddin akan membuat kunjungan hormat ke atas rakan sejawatannya, Imam Nahrawi pada hari esok (Ahad) untuk sekali lagi memohon maaf.

"Kesilapan ini amat dikesali dan kami percaya hubungan erat di antar dua negara ini akan lebih diperkukuhkan di bawah semanagt Sukan SEA," jelas kenyataan tersebut.

Isu tersebut timbul selepas Imam memuat naik status di laman Twitternya :"Pembukaan #SEAgame2017 yg bagus tapi tercederai dgn keteledoran fatal yg amat menyakitkan. bendera kita...Merah Putih. Astaghfirullaah..."

Sejurus selepas itu Khairy memuat naik statusnya memohon maaf kepada Imam: "Bapak Imam, Please accept my sincere apologies for this. Sesungguhnya tiada niat jahat. Saya amat kesal dengan kesilapan ini. Mohon maaf."

Bendera yang dicetak dalam buku tersebut memaparkan warna bendera Indonesia putih (atas) dan merah di bahagian bawah.

Warna bendera Indonesia yang sebenarnya adalah merah (atas) dan putih di bawah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan