Isu Bendera Indonesia Tidak Disengajakan - Zahid

Diterbitkan: Ahad, 20 Ogos 2017 1:48 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesilapan yang berlaku berhubung bendera Indonesia di dalam buku panduan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), tidak disengajakan.

"Kita harus berfikiran terbuka tentang perkara ini. Saya percaya ini tidak dilakukan dengan niat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Teluk Intan, Ahad.

Dalam buku panduan KL2017, temasya sukan dwitahunan yang upacara pembukaannya berlangsung gilang-gemilang malam tadi, bendera Indonesia dicetak terbalik.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah memohon maaf kepada rakan sejawatannya dari Indonesia, Imam Nahrawi dan rakyat Indonesia atas kesilapan tersebut dan menegaskan kesilapan itu tidak disengajakan. - Bernama


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan