“Pelajar Malaysia Ugut Pekerja Saya”

Diterbitkan: Ahad, 20 Ogos 2017 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemilik Vitti Lodge & Family di Osaka, Jepun yang mengalami kerugian akibat perbuatan tiga pelajar lelaki warga Malaysia mendakwa pekerjanya telah diugut supaya membayar ganti rugi itu.

Pemilik premis itu, Ema Vitti mendakwa, pekerjanya, Muhd Abdul Qaiyum telah mendahulukan wangnya sebanyak 130,000 Yen (RM5,114) untuk membaiki kerosakan pada dinding rumah tersebut selepas ditumbuk oleh seorang daripada pelajar terbabit.

"Saya hanya tahu mengenai perkara ini awal pagi tadi (Sabtu), selepas pekerja saya memaklumkan tentang perkara itu.

"Pada awalnya, pekerja saya memberitahu bahawa ketiga-tiga mereka akan membayar semula wang tersebut. Namun, hari ini dia memaklumkan telah diugut dan dipaksa berbuat demikian atau dia akan diapa-apakan," dakwa Ema ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Terdahulu, rakaman video mengenai tiga pelajar yang bercuti di Jepun itu menimbulkan kekecohan di premis penginapan itu tular di laman sosial hingga menimbulkan kemarahan netizen.

Melalui rakaman tersebut, seorang remaja berkemeja hitam bertindak menolak pekerja disitu dipercayai berpunca daripada salah faham.

Selepas beberapa minit, seorang lagi lelaki tiba-tiba muncul dan meminta supaya perbalahan itu dihentikan sebelum bertindak menendang meja serta menumbuk dinding rumah itu.

Ema mendakwa, perbalahan itu berlaku selepas pekerjanya memaklumkan kepada ketiga-tiga pelajar itu bahawa mereka telah melanggar peraturan yang ditetapkan dan harus bertanggungjawab ke atas kesalahan tersebut.

Difahamkan, lelaki yang bertindak kasar terhadap mangsa merupakan seorang jurugambar muda yang tersenarai sebagai 10 peserta ke pusingan akhir kategori jurufoto termuda dunia Sony World Photography Award, Ramadhan Sinclair.

"Peraturan kami sama sahaja dengan peraturan hos lain iaitu tidak membenarkan tetamu merokok, makan dan minum serta menceroboh harta benda. Ia perkara yang mudah difahami.

"Kami ada ruang 'lounge' untuk makan dan minum yang mereka boleh gunakan. Mereka mungkin tertekan atau kesihatan mental tidak stabil kerana terlepas penerbangan pulang yang dijadualkan pada 16 Ogos," dakwa Ema yang juga chef dari Itali.

Susulan kejadian itu, tiga remaja tersebut didakwa kembali ke premis berkenaan untuk menginap dua malam lagi dan mereka telah diberikan penginapan percuma.

Pada posting tersebut, tiga remaja terbabit turut didakwa membuang air besar di dalam bilik air premis itu.

Malahan Ema juga telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Ema Vitti , Osaka

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan