Sajat Idola Abang Sado

Diterbitkan: Sabtu, 19 Ogos 2017 6:17 PM

'Posting' yang membabitkan Sajat di instagram Coach Yin. Foto instagram coach_yin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jejaka berbadan sasa yang sering dikaitkan dengan usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat kini tidak mahu menoleh ke belakang hanya kerana kecaman dan cacian netizen.

Lelaki berusia 25 tahun yang pernah menyertai pertandingan badan cantik itu nekad mahu menumpukan perhatian terhadap perniagaan yang semakin berkembang.

Maka tidak hairanlah pemuda ini lebih bersikap terbuka dalam menghargai sokongan individu yang banyak membantunya dalam bidang perniagaan termasuk Sajat sendiri.

“TQ (terima kasih) kerana kongsikan tips perniagaan. Akan saya guna dan amalkan sebaiknya. Mulut orang kita tak boleh nak tutup, sebab makin kita kat atas, banyak yang dengki.

“Kita jatuh, kita susah, tiada yang akan tolong, lebih baik tutup telinga dan terus melangkah ke hadapan dan bukan ke belakang,” menurut keterangan pada gambarnya bersama Sajat yang dimuat naik di laman sosial Instagram pada Jumaat malam.

Coach Yin (kiri) menganggap Sajat sebagai mentor dalam perniagaan. Foto instagram nursajat02

Mohd Tishrin Mohd Adnan berkata, Sajat banyak membantunya untuk menguruskan perniagaan dengan baik terutama bagi memperluaskan pasaran menerusi ejen atau orang tengah.

“Saya anggap Sajat sebagai mentor dalam perniagaan, dia banyak memberi motivasi dan tunjuk ajar dalam perniagaan,” katanya yang lebih dikenali sebagai Coach Yin kepada mStar Online.

Pemuda yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini pernah dikecam hebat ekoran gambar Sajat bersama seorang lelaki berbadan sasa dengan wajah  ditutup telah dikongsikan usahawan itu di akaun Instagramnya, sebelum ia kemudiannya dipadam.

Bagaimanapun Coach Yin mengakui kisah yang tular membabitkan Sajat sebelum ini sedikit-sebanyak membantu menaikkan namanya sebagai usahawan secara kecil-kecilan.

“Lepas kes tular hari tu, ramai orang terutama pemilik gim tercari-cari siapa Coach Yin. Antara mereka berminat untuk mendapat bekalan makanan kesihatan tambahan.

“Saya anggap apa yang berlaku adalah sumber rezeki dan Alhamdulillah, jualan semakin meningkat,” katanya sambil menambah, selain makanan kesihatan tambahan, turut dijual adalah kelengkapan senaman di gim.

Coach Yin mahu menumpukan bidang perniagaan.

Selain dibantu ejen, dia turut mempunyai rangkaian ‘dropship’ dalam kalangan pelajar yang mahu mendapatkan pendapatan sampingan tanpa memerlukan modal.

Ditanya mengenai tindakan menutup ruangan komen pada ‘posting’ membabitkan Sajat pada Jumaat malam, katanya, pada awalnya ia dibiarkan secara terbuka tetapi memutuskan untuk tidak mengaktifkannya bagi mengelak berlaku kekecohan.

“Memanglah ada yang menyokong sebab keterangan gambar saya pun ke arah positif, tapi biasalah negatif tetap ada. Mereka (netizen) kalau nak kecam, memang tak kan berhenti.

“Jadi, lebih baik saya tutup saja (ruangan komen) untuk ‘posting’ itu. Bagi saya, yang negatif kita buang, yang positif kita ambil,” kata Coach Yin.

Tags / Kata Kunci: Coach Yin , Sajat

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan