Kantin HTAR Dibenar Beroperasi Semula

Diterbitkan: Sabtu, 19 Ogos 2017 9:32 PM

Kantin HTAR diluluskan untuk pembukaan semula selepas premis tersebut mematuhi syarat-syarat ditetapkan.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kantin Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang yang diarah tutup petang Jumaat selepas didapati tidak mengamalkan penyediaan makanan yang bersih dibenarkan  beroperasi semula pada 10 malam hari yang sama.

Pengarah HTAR Dr Ding Lay Ming ketika dihubungi Bernama pada Sabtu berkata, keputusan itu dibuat selepas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang membuat penilaian semula terhadap tahap kebersihan kantin HTAR dan meluluskan untuk pembukaan semula selepas premis  tersebut mematuhi syarat-syarat ditetapkan.

PKD Klang mengeluarkan notis arahan penutupan kantin itu kira-kira 2 petang Jumaat selepas melakukan pemeriksaan susulan video seekor tikus berada di dalam bekas sayur yang dihidangkan kepada pelanggan, tular di laman media sosial.

Sementara itu Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Zailan Adnan berkata kebenaran membuka semula kantin tersebut dibuat selepas mengambil kira kebajikan pelawat dan warga kerja hospital HTAR.

Dr Zailan berkata pihaknya akan sentiasa memantau kebersihan di kantin-kantin hospital dan akan menyenarai hitam serta menamatkan kontrak pengusaha kantin yang kerap dikenakan tindakan notis pembersihan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan