Peplum Jalur Gemilang Dikecam? Apa Kata Pereka

Diterbitkan: Jumaat, 18 Ogos 2017 2:16 PM

Paparan skrin video Mia membuat latihan pidato sambil menggayakan baju peplum Jalur Gemilang sebelum melakukan persembahan di sekolahnya. - Facebook/ Mona Irawan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kepetahan seorang kanak-kanak berpidato sambil menggayakan baju peplum Jalur Gemilang tular di media sosial hingga mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Gaya pertuturan si cilik bernama Mia itu bersemangat melaungkan ungkapan tentang erti kemerdekaan dengan tema 1Malaysia itu bukan sahaja mencuit hati netizen malah dikatakan turut mengembalikan nostalgia kemerdekaan zaman-kanak-kanak mereka.

Antara komen netizen terhadap persembahan Mia.

Namun, ada juga netizen yang mempertikaikan tindakan ibu bapa yang membenarkan anak-anak memakai pakaian yang diperbuat daripada bendera Malaysia.

Pereka baju kanak-kanak itu tampil menjelaskan situasi tersebut kepada mStar Online .

Mona Sunni, 33, berkata, dia mengakui tidak mengetahui tentang larangan tersebut sebelum ini kerana niatnya hanyalah untuk membangkitkan semangat kanak-kanak bagi meraikan Hari Kebangsaan dengan mengenakan pakaian Jalur Gemilang.

"Saya ada dapatkan pandangan rakan-rakan yang turut berminat menjahit, mereka terangkan bahawa tindakan ini tidak salah.

"Cuma ia hanya boleh dipakai sempena sambutan tertentu dan untuk tempoh masa terhad sahaja," katanya.

Menurut laman web rasmi Jabatan Penerangan Malaysia: "Penggunaan bendera dalam bentuk pelbagai seperti pakaian dan sebagainya perlu dielakkan kecuali semasa sambutan Bulan Kemerdekaan dan jangka masa penggunaannya adalah terhad."

"Tidak boleh menggunakan bendera dalam perkara yang ditafsirkan sebagai merendahkan martabat Jalur Gemilang seperti alas meja, kain tudung, payung, songkok, topi, tuala mandi, alas kusyen dan sebagainya," menurut kenyataan yang ditulis pada modul Bendera Kita Jalur Gemilang.

Mona menghasilkan pakaian Jalur Gemilang mengikut kehendak pelanggan ciliknya.

Setelah kisah itu tular, Mona mula menerima tempahan daripada orang awam untuk menghasilkan baju Jalur Gemilang buat anak-anak mereka sempena sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah masing-masing.

Kata ibu kepada empat cahaya mata itu, minat menghasilkan pakaian patriotik itu timbul selepas anaknya meminta dia menyediakan baju yang boleh digayakan sewaktu pertunjukan fesyen bulan kemerdekaan di sekolah.

"Anak saya memang suka persembahan fesyen, jadi dia pujuk saya untuk hasilkan baju Jalur Gemilang.

"Tak sangka dia menang pula tahun lalu dan ibu bapa lain turut meminta saya menjahit baju untuk anak mereka," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Jalur Gemilang

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan