Sekolah 'Hotspot' Bukan Bermakna Tiada Harapan

Diterbitkan: Jumaat, 18 Ogos 2017 10:01 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Senarai sekolah 'hotspot' di seluruh negara yang bocor bukan bermakna ia tiada harapan untuk pulih, sebaliknya bagi memastikan perhatian khusus diberikan dalam pelaksanaan langkah proaktif untuk manfaat pelajar.

Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon berkata, 402 sekolah dalam senarai itu berdepan risiko berkaitan disiplin dan masalah dadah.

Sehubungan itu, katanya, kementeriannya dan polis memberi perhatian utama bagi melindungi pelajar dan memastikan mereka tidak terus terjebak dalam gejala negatif.

"Maklumat itu diberikan kepada polis untuk mendapatkan bantuan pasukan keselamatan itu bagi menjalankan pemeriksaan termasuk masalah disiplin di sekolah terbabit.

"Senarai itu bagi memastikan lebih banyak sumber, program dan perhatian diberikan kepada sekolah berkenaan.

"Ia juga bermakna pihak kementerian memberi perhatian utama kepada sekolah terlibat untuk memastikan masalah yang dihadapi dapat ditangani.

"Jadi jangan salah faham dan melabel sekolah terlibat sebagai tidak berguna atau tiada harapan untuk berubah. Ada sekolah yang tersenarai kerana ia terletak di lokasi yang terdedah dengan pelbagai kegiatan jenayah dan tentunya berisiko tinggi, oleh itu kita perlu kerjasama pihak polis untuk memastikan pelajar di situ tidak terpengaruh dan terlibat dalam aktiviti jenayah," katanya.

Difahamkan pihak kementerian telah mengemukakan senarai 402 sekolah hotspot di seluruh negara kepada polis untuk tindakan lanjut dan semua pegawai perhubungan sekolah diarahkan mengambil tindakan proaktif untuk menangani masalah itu.

Sebelum itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk menangani masalah di setiap sekolah 'hotspot' yang telah dikenal pasti di seluruh negara.

Katanya, sebuah mesyuarat jawatankuasa induk yang akan bertindak khusus untuk menangani masalah-masalah salah laku di sekolah termasuk sekolah rendah dan menengah itu diwujudkan di peringkat kementerian.

"Kementerian kemudiannya akan turunkan kuasa kepada pengarah-pengarah (pendidikan) untuk ambil tindakan lanjut dan wujudkan jawatankuasa khas seumpama ini di peringkat negeri pula.

"Antara agensi-agensi yang terlibat melalui strategi NBOS ini adalah polis, persatuan ibu bapa dan guru, badan bukan kerajaan serta alumni setiap sekolah," katanya.

Tags / Kata Kunci: hospot , Chong Sin Woon

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan