TH Tiada Kompromi Keselamatan Makanan Jemaah

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 3:08 PM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa memastikan penyediaan  makanan untuk jemaah haji Malaysia memenuhi kriteria serta syarat ditetapkan, dan tidak akan  berkompromi dalam aspek keselamatan makanan.

Pengarah Operasi Katering 1438 Hijrah Malaysia, Adly Mohamed berkata mana-mana stesen atau pusat penyediaan makanan yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan itu akan ditegur serta-merta bagi memastikan sajian kepada jemaah haji Malaysia terjamin dan selamat.

Beliau berkata TH memandang serius soal sajian kepada jemaah, justeru setiap pekerja di stesen penyediaan makanan diwajibkan membuat pemeriksaan kesihatan, suntikan dan mempunyai lesen penyediaan makanan.

"Setiap pekerja termasuk pemandu lori juga mesti mempunyai sijil perubatan dan mendapatkan suntikan tifoid. Jika tiada surat, lesen atau sijil, kita tidak akan benarkan mereka masuk ke kawasan dapur," katanya kepada pemberita di pusat penyediaan makanan Al Wafa Katering, di sini.

Adly berkata Tabung Haji Global Services Sdn Bhd telah diberi tanggungjawab mengawal selia  penyediaan makanan kepada 30,200 jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini.

Katanya pegawai kesihatan serta audit dalaman TH akan sentiasa membuat pemeriksaan di kawasan penyediaan makanan atau dapur berkenaan bagi memastikan kebersihan, kualiti dan keselamatan sajian itu terjamin.

Beliau berkata pemeriksaan terhadap kesemua dapur tersebut akan dilakukan dari semasa ke semasa, termasuk sebelum dan selepas hari wukuf.

"Kita mempunyai lapan dapur di Makkah untuk membekalkan makanan kepada jemaah haji Malaysia di 24 bangunan penginapan dan empat dapur di Madinah untuk jemaah di 11 maktab penginapan.

"Setakat kini, kesemua dapur berkenaan telah menyediakan lebih 500,000 pek sajian tengah hari dan malam kepada jemaah haji Malaysia di Madinah dan Makkah," katanya.

Mengenai menu sajian di Tanah Suci ini, beliau berkata pihaknya bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk  mendapatkan bahan rempah ratus dari tanah air, manakala bahan mentah lain diperoleh di sini.  

"Al Wafa Katering akan menyediakan 10,000 pek makanan sehari pada hari kemuncak nanti. Stesen penyediaan makanan lain juga akan berbuat demikian," katanya.

Secara keseluruhan, Adly berkata pihaknya menjangkakan tiga juta pek makanan tengah hari dan malam akan dibekalkan kepada jemaah haji Malaysia apabila musim haji selesai, kelak.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan jemaah haji Malaysia supaya menghabiskan makanan  dalam tempoh dua jam seperti yang tertera di bahagian penutup pek makanan berkenaan, selepas sajian itu diedarkan.

"Ada jemaah yang menyimpan makanan selepas diedarkan tetapi kita bimbang mengenai ketahanan  makanan itu. Di pusat penyediaan makanan, selepas dimasak, sajian itu akan disimpan di dalam ketuhar  dengan suhu yang dikawal.

"Tetapi kita tidak tahu jemaah menyimpan makanan itu di mana di bilik penginapan. Kita mementingkan keselamatan makanan, dan nasihat saya makan selepas makanan itu diedarkan,” katanya.

Dua puluh cef berpengalaman rakyat Malaysia ditugaskan menyelia penyediaan makanan kepada  jemaah haji Malaysia dI Tanah Suci.-- Bernama 

Tags / Kata Kunci: TH , Al Wafa

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan