Semangat Patriotik Pengarah Urusan Mydin

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 1:39 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Berasal dari Kota Bharu, beliau dan enam beradik lain serta ibu bapa mereka akan berkongsi makanan dan mencubit isi ikan sedikit setiap seorang untuk dimakan bersama nasi.

"Saya menghargai memori itu kerana ia mengajar saya mengenai kehidupan dan perikemanusiaan. Saya tidak akan lupa asal usul saya.

“Ibu saya tidak makan ikan itu, sudah tentu... seorang ibu sentiasa berkorban. Oh, kami begitu miskin ketika itu.

"Negara kita berada dalam keadaan miskin ketika saya miskin," kata Datuk Ameer Ali Mydin yang juga pengarah urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin).

Semasa Malaysia dalam proses menjadi sebuah negara membangun, nasib keluarga Ameer juga bertambah baik.

Mereka memiliki sebuah kedai runcit menjual mainan dan barangan keperluan asas yang dibina pada 1957.

Ia kebetulan pada tahun sama negara kita mencapai kemerdekaan sekali gus berkembang maju dan menjadi empayar kepada 322 cawangan, termasuk pasar raya Mydin dan pasar raya premium SAM's Groceria di seluruh negara.

Mydin meraikan ulang tahun ke-60 pada Khamis dengan sambutan besar-besaran diadakan di pasar raya Mydin cawangan USJ, Subang.

Ameer melihat kemajuan dan perkembangan negara sepanjang hidupnya dan pengalaman tersebut mengajarnya untuk tidak memandang rendah kestabilan ekonomi Malaysia.

Rasa sayang dan cinta terhadap negara, mendorong dirinya untuk menyokong kempen Raise The Flag anjuran Star Media Group Berhad dan akhbar Sinar Harian.

Kempen itu bertujuan untuk menyemarakkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia.

Lebih menarik lagi kempen ini mencatatkan jumlah edaran origami tertinggi Jalur Gemilang di Malaysia iaitu 465,000 agihan sekali gus membolehkan ia tersenarai dalam The Malaysia Book of Records.

“Sebagai rakyat Malaysia yang meneraju syarikat di Malaysia, jika saya tidak menyokong program kibarkan jalur gemilang, siapa lagi?," soalnya.

Ameer berkata beliau dengan bangganya akan mengibarkan jalur gemilang dekat pagar rumahnya setiap kali sambutan Hari Kebangsaan.

Jelas beliau yang sering ke luar negara lain atas urusan perniagaan, setiap lawatannya sentiasa mengingatkan dirinya bahawa Malaysia sangat istimewa berbanding negara lain.

"Saya boleh katakan tiada negara seperti Malaysia. Wujud kesederhanaan di sini yang sukar ditemui di negara lain dan toleransi untuk semua agama dan bangsa," katanya.

Ameer berkata setiap kali pulang dari urusan perniagaan, beliau akan menikmati teh tarik dan roti canai di sebuah kedai mamak di Bangsar.

Kempen Raise The Flag akan berlangsung sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang bagi mengekspresikan cinta kepada negara.

Pembaca The Star boleh mendapatkan jalur gemilang 'mini' secara percuma menerusi pembelian akhbar tersebut bermula Jumaat.

Di bawah kempen Raise The Flag menjelang sambutan Hari Kebangsaan, akhbar The Star menyediakan empat muka surat khas di ruangan tengah berupa cetakan jalur gemilang untuk dipasang dan dikibarkan rakyat Malaysia.

Penaja utama kempen ini adalah Aset Kayamas Sdn Bhd, manakala Malaysian Resources Corporation Bhd sebagai penaja bersama, serta rakan penganjur adalah Sunsuria Bhd dan Mydin Mohamed Holdings Bhd.

Pasangkan Jalur Gemilang anda sendiri berdasarkan iklan interaktif ini.

Tags / Kata Kunci: Mydin , Raise The Flag

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan