Persembahan ‘Over’, Cikgu Kan Serba Boleh!

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Video gelagat sekumpulan guru yang ‘sporting’ dan bersahaja ketika membuat persembahan koir tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ramai yang memuji persembahan tersebut yang dianggap luar biasa dan menghiburkan, tetapi tak kurang juga yang mengecamnya kerana menganggap ia kurang sesuai dengan profesionalisme seorang pendidik, sekali gus memberi contoh tidak baik kepada pelajar.

Menerusi video yang tular itu, kumpulan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Penghulu Ahmad, Langkawi di Kedah dilihat telah membuat persembahan koir sambil menari dan menyanyikan sebuah lagu rancak dari Thailand dan lagu Pencuri Hati yang dipopularkan penyanyi Ayda Jebat.

Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Penghulu Ahmad, Nurul Shakinah Mehat, 36, berkata sebelum dipentaskan, persembahan tersebut telah mendapat persetujuan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, guru besar, malahan ia dikawal selia bahagian protokol istana kerana majlis itu turut dihadiri Raja Muda Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Raja Puan Muda Kedah, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff.

“Biasanya kita lihat koir statik dan hambar saja, jadi kami cuba tampil dengan sedikit kelainan dan lebih menghiburkan.

“Kalau ada yang mengkritik itu hak masing-masing, kami tak boleh tutup mulut mereka, yang penting kami telah buat yang terbaik dan semua orang terhibur pada hari tersebut,” katanya kepada mStar Online, Khamis.

Guru Bahasa Inggeris itu berkata, video tersebut telah dikongsi oleh salah seorang daripada 45 guru yang terlibat dalam persembahan yang diadakan di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar, 15 Ogos lalu.

Katanya, persembahan tersebut dibuat sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri Kedah yang turut menyaksikan wakil guru dari setiap daerah mempamerkan bakat masing-masing.

Jelasnya, timbul rasa bangga apabila setiap guru yang mengambil bahagian sanggup memberikan komitmen menghadiri latihan selepas tamat waktu persekolahan selama tiga minggu, termasuk guru paling veteran yang berusia 53 tahun.

“Video itu dimuat naik di Facebook sekadar untuk berkongsi kegembiraan sesama rakan sekerja selepas tamat persembahan, tak sangka pula viral dan ada yang tak suka serta melihatnya keterlaluan.

“Biasalah tu, cikgu kan serba-boleh…boleh jadi ustazah, boleh jadi motivator dan sempena Hari Guru kami jadi penghibur,” katanya.

Nurul Shakinah berkata, untuk persembahan tersebut, lagu Oh Oh Oh Song oleh kumpulan China Dolls dari Thailand telah ditukar kepada Oh Oh Khru atau Oh Oh Cikgu dalam bahasa Melayu.

Beliau berkata, lagu ini dipilih kerana ramai pelajar sekolah ini dan penduduk sekitar bercakap dalam bahasa negara jiran itu.

“Malah ketika latihan pun ada pelajar yang membantu kami dari segi sebutan dan lenggok, maklumlah bukan semua kami muda, ada yang kaku ketika mula-mula berlatih,” katanya.

Katanya, persembahan tersebut langsung tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana ia diadakan selepas waktu persekolahan iaitu pada pukul 1.45 petang dan berakhir pukul 3 petang.

Tags / Kata Kunci: SK Penghulu Ahmad , koir guru , Hari Guru

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan