KP Jabatan Perumahan Negara Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 10:03 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara Datuk Abd Rahim Ishak meninggal dunia awal pagi Khamis selepas mengadu sakit ulu hati.

Abd Rahim, 55, meninggal dunia kira-kira 3 pagi Khamis ketika mendapatkan rawatan di  Pusat Perubatan Nilai, Negeri Sembilan.

Difahamkan beliau memandu sendiri ke pusat perubatan tersebut bagi mendapatkan rawatan.

Berita kematian Abd Rahim itu disahkan Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan  Datuk Mohammad Mentek.

Abd Rahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara pada 16 Jun tahun lepas.

Abd Rahim turut hadir pada majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampar Tenang di Dengkil semalam yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri dan Pengarah Bahagian Awam, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

Jenazah akan diuruskan untuk pengebumian di Bukit Mahkota, Bangi, selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Serdang.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan