Kaji Cadangan Pihak Berminat Jejaki MH370

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Bertindak MH370 sedang mengkaji beberapa cadangan daripada pihak-pihak berminat untuk menjejaki pesawat MH370 yang hilang, kata ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata ini berdasarkan semua maklumat yang ada termasuk laporan Pencarian Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation's (CSIRO) for MH370 and Surface Drift – Bahagian III yang dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) pada Rabu.

Azharuddin berkata perkara itu akan dibawa kepada perhatian Australia dan China untuk mendapatkan pandangan mereka.

"Saya ingin menegaskan bahawa hasrat untuk menjejaki MH370 tidak akan diabaikan dan setiap keputusan yang dibuat telah dan akan sentiasa berdasarkan semangat kerjasama tiga pihak antara ketiga-tiga negara," kata beliau dalam satu kenyataan, Rabu.

Pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar selepas meninggalkan Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Azharuddin berkata laporan itu menampilkan analisis yang teliti mengenai corak aliran hanyut MH370 di lautan yang telah ditapis berdasarkan maklumat dan imej satelit.

"Kami terus mendapat petunjuk tentang bagaimana ini boleh digunakan untuk membantu mengenal pasti lokasi tertentu pesawat,” kata beliau.

Azharuddin berkata semasa mesyuarat Tiga Pihak peringkat Menteri pada Julai tahun lepas, Kerajaan Australia, Malaysia dan China telah bersetuju bahawa pertimbangan akan diberi dalam menentukan langkah seterusnya jika ada maklumat baharu yang boleh dipercayai muncul yang boleh digunakan untuk mengenal pasti lokasi pesawat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web ATSB, Ketua Pesuruhjaya ATSB, Greg Hood berkata pihaknya telah mengeluarkan dua laporan pada Rabu, yang disediakan oleh Geoscience Australia dan Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation (CSIRO).

Kedua-dua laporan itu menyediakan analisis dan penemuan berkaitan imej satelit yang diambil pada 23 Mac, 2014, dua minggu selepas kehilangan MH370, di selatan Lautan Hindi.

Hood berkata pakar-pakar dari Geoscience Australia telah mengenal pasti beberapa objek daripada empat imej satelit yang diperolehi melalui bantuan pihak berkuasa Perancis, yang diklasifikasikan sebagai mungkin buatan manusia.

"Resolusi imej tidak cukup tinggi untuk memastikan sama ada objek adalah daripada MH370 atau objek lain yang munglin ditemukakan terapung di lautan di seluruh dunia," kata beliau.

Menurut kenyataan ATSB, memandangkan jarak ke kawasan pencarian di dasar laut yang ditakrifkan, CSIRO menjalankan kajian drif untuk menentukan dari mana asal objek-objek geografik yang dikenal pasti dalam imej satelit untuk memberikan petunjuk tentang lokasi objek-obek itu berada pada 8 Mac 2014.

Ia berkata kajian drif mendapati bahawa lokasi yang diunjurkan pada 8 Mac mengenai objek-objek yang dikenal pasti dalam kebanyakan imej satelit adalah konsisten dengan kawasan yang dikenal pasti oleh pakar-pakar semasa Kajian Prinsip Pertama MH370 pada November 2016.

"Jelas, kita harus berhati-hati. Objek-objek ini belum tentu dikenal pasti sebagai serpihan MH370," kata Hood. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MH370

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan