54,103 Siswazah Menganggur 6 Bulan Lepas Tamat Pengajian

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 3:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 54,103 siswazah universiti menganggur dalam tempoh enam bulan selepas mereka menamatkan pengajian masing-masing pada tahun lepas, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Jumlah itu adalah berdasarkan kepada Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang menyaksikan 238,187 siswazah menamatkan pengajian tahun lepas.

Beliau berkata kursus-kursus yang membabitkan kadar pengangguran paling tinggi ialah pendaftaran perniagaan, sains gunaan, pengurusan sumber manusia, perakaunan, sastera dan sains sosial.

"Jumlah itu bukan sahaja daripada Universiti Awam (UA) tetapi digabungkan bersama daripada institusi pengajian tinggi dan kolej  swasta yang lain," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ng Chiang Chin yang ingin tahu jumlah kadar pengangguran dalam kalangan siswazah universiti di negara ini.

Idris berkata bagi menangani isu berkenaan, Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan beberapa program antaranya Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA), program Dua Universiti + Dua Industri (2u2i) dan Fakulti CEO.

"Program-program ini kita wujudkan mengikut pelan pembangunan pendidikan negara dan (negara lain) di dunia yang tidak ada (program berkenaan), mereka sedang memerhatikannya. Sistem ini mampu melahirkan pelajar-pelajar yang lebih holisitik apabila mereka berada di alam pekerjaan," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Idris Jusoh , SKPG

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan