Zakat Bukan Islam Tanda Persahabatan - Mufti Perlis

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 2:31 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Fatwa berhubung pemberian zakat kepada orang bukan Islam di Perlis, tidak berniat untuk mengislamkan mereka, tetapi sebagai tanda persahabatan untuk keharmonian bersama.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata, ramai cendekiawan Islam salah faham mengenai fatwa yang dikeluarkan pada Mac lalu yang disifatkan sebagai satu langkah yang bertentangan dengan syariah Islam.

“Masalah itu bermula apabila ramai cendekiawan Islam terkenal termasuk pengkritik membataskan pemikiran mereka terhadap satu mazhab sahaja. Seperti dalam kes ini, mazhab Shafie apabila pada hakikatnya (pengkritik) gagal melihat mazhab lain seperti Hanbali, Hanafi dan Maliki yang juga merupakan ahli sunah wal-jamaah.

"Pada pendapat saya, apa yang dilakukan Perlis tidak bertentangan dengan undang-undang Syariah Islam dan sebenarnya merupakan satu langkah untuk menyatukan umat Islam dan bukan Islam seperti yang diamalkan oleh Nabi Muhammad," kata Mohd Asri.

Beliau berkata di dalam fatwa itu, ia jelas menyatakan bahawa zakat akan diberikan di bawah peruntukan asnaf mualaf qulubuhum (golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap Islam).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan ulama dan cendekiawan Islam yang mempersoalkan dasar fatwa tersebut yang diumumkan menerusi laman Facebook pada 10 Mac lalu.

Jelas Mohd Asri, sumbangan zakat itu boleh diberikan kepada rakyat miskin tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan mereka.

Malah, katanya, pelaksanaan fatwa itu turut boleh menukar tanggapan negatif orang bukan Islam terhadap Islam.

Mohd Asri berkata, laporan awal mengenai Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips) akan mula memberi sumbangan zakat kepada orang miskin bukan Islam adalah 'tidak tepat'.

“Sumbangan itu akan diberikan kepada mana-mana individu dalam kes di mana Maips rasakan ada potensi untuk mendekatkan mereka dengan Islam," katanya ketika dihubungi.

Beliau menegaskan sesiapa sahaja tidak kira miskin ataupun sebaliknya, selagi mereka mesra terhadap agama dan umat Islam.

Tambahnya, beberapa program yang dirancang termasuk lawatan ke hospital dan bertemu mereka yang memerlukan wang serta mereka yang tidak mempunyai halangan untuk menukar agama mereka kepada Islam.

Tags / Kata Kunci: fatwa zakat , Maips

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan