Jangan Kecam Kami, Dengar Dulu...

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 11:46 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cucu warga emas yang dipukul sepasang kekasih yang didakwa menceroboh masuk ke kediaman mangsa di Kubang Menerong, Tasek Gelugor, tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai insiden itu.

Hanya dikenali sebagai Azira Suib, dia mengesahkan bahawa wanita warga emas yang menjadi mangsa cubaan samun dua suspek masing-masing berusia 18 dan 21 tahun itu merupakan neneknya.

Dek kerana tidak tahan dikecam netizen, Azira mendakwa suspek wanita itu telah memukul neneknya dengan kayu di bahagian kepala dan perut.

"Pada masa tu Zira tiada di rumah kerana bekerja. Zira memang tinggal dengan nenek dan juga adik. Hampa memang marah sebab nampak orang pukul dia (suspek). Tapi hampa tak pikiaq perasaan marah kami?

"Dia pukul warga emas tau. Orang memang kata suruh pikiaq kalau jadi kat anak sendiri kan tapi cuba hampa pikiaq kalau jadi dekat mak ayah hampa, dekat nenek hampa?

"Memang negara kita ada undang-undang, tapi cuba hampa pikiaq kalau jadi kat hampa juga," luahnya di Facebook.

Kayu yang didakwa digunakan suspek untuk memukul mangsa.

Seorang lagi anak saudara mangsa yang hanya dikenali sebagai Eyma Halim, menjelaskan suspek wanita itu sudah beberapa kali cuba memecah masuk rumah tersebut tetapi gagal.

"Suspek memakai sarung tangan dengan penutup muka, jadi dia cuba menyorok di tepi rumah. Namun ibu saudara saya terserempak, jadi dia lari.

"Dalam masa tiga hari, dia cuba masuk lagi dan berjaya menyorok di dalam rumah. Ibu saudara saya bangun tidur ternampak beg biru berisi kasut cucu.

"Suspek dah memasukkan barang untuk curi. Di dalam beg ada pemutar skru dan barang untuk menyerang," dakwanya.

Beg biru berisi barang curi dari rumah mangsa.

Jelas Eyma, ketika ibu saudaranya mahu memakai baju, suspek bertindak memukul kepala mangsa menggunakan kayu sehingga terjatuh.

"Dia cuba nak meragut rantai leher, jadi ada pengelutan. Dia memukul badan ibu saudara saya dengan kayu itu. Apabila ibu saudara cuba melawan dia melarikan diri menyorok di bilik sebelah.

"Jiran-jiran cuba untuk cari dan jumpa dia menyorok di dalam bilik. Anak lelaki mangsa dapat tangkap dia. Jadi yang mana dapat info salah tu jangan cuba sebarkan. Niat dia (suspek) untuk membunuh atau mencederakan ibu saudara," katanya.

Posting tersebut turut menjadi viral dengan netizen memberi reaksi berbeza mengenainya.

Ada di kalangan netizen menyifatkan tindakan membelasah suspek wanita itu sebagai tidak wajar.

@Krol Ajam berkata:" Nak taboh taboh ja memag dah tau salah pompuan tu. B**** dia pun buat kerja macam tu. Tapi yang orang dok pertikai pasai dok pi selak baju dia tu.

"Dalam pada itu, kebanyakan netizen menyokong tindakan dilakukan terhadap suspek.

@Jenna Cerise berkata:"Kalau buat kat tok aku,mahu kena bogellah, ikat kat pokok rambutan, bagi kerengga gigit.... baru puaih hati aku.

"Pada Rabu, video sepanjang lima hingga 10 saat merakamkan aksi seorang wanita ditahan penduduk kampung, disoal sebelum dibelasah menjadi tular.

Dalam video itu, wanita itu meronta-ronta minta untuk dilepaskan ketika dicekup selain gagal menjawab pertanyaan kenapa dia mengintai rumah wanita warga emas itu.

Tags / Kata Kunci: belasah , Kubang Menerong

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan