Beraninya Dik Redah Ombak

Diterbitkan: Rabu, 16 Ogos 2017 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKAN mudah untuk seseorang terutama kanak-kanak berenang di tengah laut dalam keadaan ombak bergelora dan angin kuat.

Namun tiada yang mustahil bagi si cilik berusia 11 tahun, Sinan Rauf Mohammad Fairuz yang disahkan menghidap autisme tahap ringan.

Keberaniannya meredah ombak kuat dalam Open Water Autism Swimming Challenge di Blue Lagoon, Port Dickson, Sabtu lalu ternyata memukau netizen selepas menyaksikan video renangannya tular di media sosial sejak Isnin.

Rata-rata memuji Sinan yang disifatkan sebagai seorang budak yang berani dan 'selamba' meredah ombak kuat.

Jurulatihnya, Hamlatul Hawary Azizan ketika dihubungi mStar Online turut mengakui terkejut dengan keberanian Sinan yang tenang mengharungi ombak bergelora dan keadaan laut yang diluar jangka.

"Semasa acara itu, berlaku sesuatu yang kita tak jangka iaitu fenomena air surut. Jadi kami terpaksa berjalan 100 hingga 150 meter dari kawasan pantai ke tengah laut yang lebih dalam.

"Waktu itu, saya terkejut apabila Sinan boleh berenang dalam keadaan ombak kuat menyebabkan keadaannya tenggelam timbul. Namun dia boleh mengawal perasaan cemas dan berenang dengan tenang.

Sinan bersama sijil dan medal yang diperolehinya selamat berjaya menamatkan survival swim.

"Anggota bomba yang mengiringi kami semasa renangan itu turut kagum dengan kebolehan luar biasanya. Alhamdulillah dia berjaya berenang sehinggalah selamat sampai di check point yang ditetapkan," katanya yang pakar dalam sukan renang autisme.

Menurut Hamlatul Hawary, Sinan merupakan seorang perenang cilik yang mempunyai bakat besar untuk diketengahkan.

"Bayangkan dia berenang pada kedalaman lebih lima meter tanpa memakai jaket keselamatan, betapa beraninya dia. Kita yang normal ini pun takut nak berenang di laut.

"Jadi benarlah orang kata, anak-anak istimewa ini mempunyai kebolehan luar biasa. Mereka bukan mengalami kecacatan minda tapi hanya ada masalah pembelajaran dan kelakuan yang sukar diramal," katanya.

Selain Sinan, lima lagi kanak-kanak yang terlibat ialah Gavyn Ng EE, 7; Harraz Isyraf Kamarul Azam, 4; Waseem Ahsan Mohamed Hidayahthullah, 11; Muhammad Dinnie Hasbee Muhamad Daud, 7; dan Syed Qhalish Shahab Syed Hafiz Dzulkifli, 7.

Ditanya mengenai pengalamannya melatih Sinan, pemilik Hawary Sport Centre (HSC) itu mengakui tugasnya tidak mudah.

"Saya bermula dengan mengajar adik-beradiknya yang lain sejak 2013. Bila pertama kali nak mengajar dia lari, biasalah dia takut dengan orang luar memandangkan dia hanya rapat dengan keluarganya. 

"Sehinggalah pada 2016 dia kembali berlatih bersama saya di Setiawangsa. Pada awalnya agak kekok kerana dia amat sensitif. Tapi saya tahu dia obses kepada straw, jadi saya minta mak dia bawakan straw untuk tarik perhatian dia.

Sinan dibawa menggunakan kayak.

"Dari situ kami mula berkomunikasi. Pada awalnya, saya fokuskan kepada teknik survival swim dan alhamdulillah dia boleh ikut. Saya nampak dia buat gaya bebas, dari situ saya perbetulkan teknik tersebut.

"Saya yakin dia boleh buat kerana dia boleh tiru pergerakan dan perbuatan seseorang. Jadi saya gunakan pendekatan visual dan demo ketika mengajarnya. Dia akan praktikkan apa yang diajar melalui kaedah itu," katanya.

Ditanya mengenai insiden yang paling ditakuti semasa penganjuran acara itu, Hamlatul Hawary berkata dia bimbang apabila ada peserta yang 'naik tantrum'.

Setiap kanak-kanak memiliki keunikan dan keupayaan mereka yang tersendiri.

"Alhamdulillah segalanya berjalan lancar cuma hanya ada seorang peserta yang bergelut di tengah laut kerana panik. Namun akhirnya dia berjaya ditenangkan.

"Saya sudah menyediakan diri untuk berdepan dengan situasi ini. Saya telah pergi ke United Kingdom, Auckland, Amerika Syarikat (Mac lalu) dan Australia bulan lepas untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai golongan ini.

"Kita kena faham kanak-kanak istimewa ini tak boleh duduk diam dan statik. Lagipun kategori autisme ini berbeza-beza. Itulah cabaran yang saya hadapi sepanjang melatih lebih kurang 80 pelajar istimewa ini," katanya.

Harraz Isyraf  merupakan peserta termuda cabaran ini.

Tags / Kata Kunci: Sinan Rauf , autisme

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan